[Terbaru] Himpunan Filing Ko Kurikulum 2022 Updated l PDF Percuma Dan Khas Kepada Guru

Terbaru Himpunan Filing Ko Kurikulum 2022 Updated l PDF Percuma Dan Khas Kepada Guru

[Terbaru] Himpunan Filing Ko Kurikulum 2022 Updated l Percuma Dan Khas Kepada Guru. Kegiatan ko-kurikulum disekolah merupakan kegiatan wajib. Di sekolah samaada sekolah rendah atau menengah, penglibatan murid-murid adalah wajib begitu juga guru yang diwajibkan bergiat dalam kegiatan kokurikulum.

Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.

Adalah menjadi suatu kesalahan jika seorang guru enggan terlibat sama dengan kegiatan kokurikulum sekolah.Guru perlu memainkan peranan penting dalam kokurikulum. Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Oleh itu, dalam usaha seorang guru untuk mengetuai kegiatan kokurikulum sekolah perlulah mempunyai pelbagai bahan rujukan untuk menjadikan aktiviti lebih teratur. Ikuti himpunan filling kokurikulum tahun 2022 yang kami sediakan dibawah.

Untuk para guru sekalian, jikalau anda ingin dan memerlukan beberapa bahan pengajaran. Anda boleh merujuk dan membuat carian di telegram rasmi kami Sistem Guru Online  https://telegram.me/sistemguruonline

Himpunan Filing Ko Kurikulum 2022 Updated l Percuma Dan Khas Kepada Guru

Disini, disediakan beberapa dokumenn dan file yang ada boleh muat turun secara percuma mengenai kegiatan kokurikulum di sekolah. Para guru sekalian boleh merujuk himpunan filling ko-kurikulum yang kami sediakan Edisi Free Download Dan Boleh Edit dibawah:

1. Carta Induk Ko Kurikulum 2022

https://tcerfiles.com/s/yxJ9OjlVPIQ0W679 

2. Buku Pengurusan Unit Ko Kurikulum 2022 Lengkap 32 Muka Surat

https://tcerfiles.com/s/urnaspgcdzLFO138 

3. Borang Cerap Isi Kandungan Fail Ko Kurikulum 2022

https://tcerfiles.com/s/wFBXJkXHhogGY490

4. Borang Pencerapan Ko Kurikulum 2022

https://tcerfiles.com/s/DcDNL0oJULqWg790

5. Surat Kebenaran Ibu Bapa bagi Murid Menyertai Ko Kurikulum 2022 Dan Borang Perakuan Kesihatan Murid bagi Menyertai Ko Kurikulum 2022

https://tcerfiles.com/s/QrZHKfTauCeyt051

6. Surat Kebenaran Ibu Bapa bagi Murid Menyertai Ko Kurikulum 2022 (Format Sekolah)

https://tcerfiles.com/s/9YWjz53VatBt0648

7. Nota Minta Persatuan Ko Kurikulum 2022

https://tcerfiles.com/s/tYUhHzRx86q6Z305

8. Laporan Semarak Ko Kurikulum 2022 Untuk Unit Beruniform Bertugas Mingguan

https://tcerfiles.com/s/RPgjhfA98VnNR424

9. Jadual Bertugas Penggiliran Perhimpunan Ko Kurikulum 2022

https://tcerfiles.com/s/5avJwJkVMxxyk799

10. Surat Jemputan Mesyuarat Ko Kurikulum 1 2022

https://tcerfiles.com/s/46GGHoPc3sgZw259

11. Minit Mesyuarat Ko Kurikulum Bil 4 2021 TS25

https://tcerfiles.com/s/ZpmLlZIJZRQob381

Cara Memupuk Murid Terlibat Dengan Kegiatan kokurikulum Di Sekolah

Guru boleh memupuk murid-murid terlibat dengan kokurikulum dengan melakukan pelbagai cara tetapi mereka terhad hanya disekolah. Telah menjadi isu tentang ketidakhadiran anak-anak ke kegiatan Kokurikulum yang diadakan di sekolah. Cara memupuk murid untuk terlibat dengan kegiatan kokurikulum adalah berdasarkan pelbagai pihak melalui memainkan peranan masing-masing, antaranya ialah:

  1. Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa perlu bertegas dengan anak-anak agar terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum akan membantu anak-anak mempunyai jatidiri,disiplan dan semangat

2. Peranan Guru

Guru boleh menceritakan dan menampakkan kepada murid-murid mengenai kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti yang bermanfaat dan mengeratkan hubungan mesra bersama rakan sekolah. Selain itu, guru juga perlu bijak untuk memberi kebebasan dalam melakukan kegiatan kokurikulum di Sekolah

Akhir sekali, memupuk anak-anak terlibat dalam kegiatan kokurikulum merupakan suatu yang penting untuk masa hadapan. Ini adalah kerana penyertaan kegiatan kokurikulum mempunyai nilai markah untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi kelak.

Aktiviti kokurikulum Sekolah Tanggungjawab Guru Untuk Memberi Pendedahan Kepada Anak-Anak

Guru sentiasa berusaha untuk memupuk dan memberi yang terbaik untuk anak-anak terlibat sama dengan aktiviti kokurikulum. Ini adalah untuk memberi pendedahan aktiviti luar dan memastikan mereka mempunyai pengalaman yang tersendiri.