[Lengkap] Himpunan Borang-borang Kokum 2022 l Versi Excel Free Download Boleh Edit

borang kokum

[Lengkap] Himpunan Borang-borang Kokum 2022 l Versi Excel Free Download Boleh Edit. Aktiviti kokurikulum di sekolah adalah aktiviti wajib. Di sekolah sama ada rendah atau menengah, penglibatan pelajar adalah wajib serta guru yang diwajibkan bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Kegiatan kokurikulum bermaksud sebarang aktiviti yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberi peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuhkan dan mengamalkan kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.

Menjadi satu kesalahan bagi seorang guru enggan terlibat dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Guru perlu memainkan peranan penting dalam aktiviti kokurikulum. Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan yang merangkumi kurikulum dan aktiviti kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur budaya dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menyemai dan mempertingkatkan. nilai-nilai murni.

Oleh itu, dalam usaha seorang guru untuk mengetuai kegiatan kokurikulum sekolah perlulah mempunyai pelbagai bahan rujukan untuk menjadikan aktiviti lebih teratur. Ikuti Himpunan Borang-borang Kokum 2022 yang kami sediakan dibawah.

Untuk para guru sekalian, jikalau anda ingin dan memerlukan beberapa bahan pengajaran. Anda boleh merujuk dan membuat carian di telegram rasmi kami Sistem Guru Online  https://telegram.me/sistemguruonline

[Lengkap] Himpunan Borang-borang Kokum 2022 l Versi Excel Free Download Boleh Edit

Disini, disediakan  dokumen file yang anda boleh muat turun secara percuma mengenai kegiatan kokurikulum di sekolah.

Berikut merupakan Himpunan Borang-borang Kokum 2022 yang kami sediakan:

1. Analisis Kehadiran Kokum
2. Data Keahlian Untuk Penyelaras
3. Borang Data Keahlian Uniform
4. Borang Data Keahlian Sukan
5. Senarai Nama AJK Kokum (Persatuan)
6. Senarai Nama AJK Kokum (Sukan)
7. Senarai Nama AJK Kokum (UB)
8. Laporan Aktiviti Mingguan
9. Penerima Anugerah Kokum 2022
10. Laporan Tahunan
11. Muka Depan Fail 2022

Para guru sekalian boleh merujuk Himpunan Borang-borang Kokum 2022 l Versi Excel Free Download Boleh Edit dibawah:

Himpunan Borang-borang Kokum 2022 l Versi Excel Free Download Boleh Edit

Untuk para guru sekalian, jikalau anda mempunyai beberapa permintaan atau request beberapa bahan pengajaran. Anda boleh merujuk dan membuat carian di telegram rasmi kami Sistem Guru Online > https://telegram.me/sistemguruonline

Matlamat Utama Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah

Matlamat utama pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah ini merupakan panduan bagi semua aktiviti
pendidikan yang mengungkapkan dengan jelas tujuan, matlamat, prinsip dan nilai asas
yang menjadi dasar dalam membentuk sistem pendidikan Malaysia.

Ia menekankan kepada falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara seimbang dan harmonis supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara.

Berilmu dan berpendidikan seharusnya menghasilkan budi pekerti dan akhlak mulia agar menjadi ciri asasi seseorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Matlamat utama kokurikulum merangkumi objektif-objektif seperti berikut:

  1. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan;
  2. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani,
    jasmani dan emosi murid;
  3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid;
  4.  Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi;
  5.  Membina dan meningkatkan disiplin murid;
  6. Mewujudkan budaya sekolah yang sihat.
  7. Membina dan meningkatkan kerjasama dua hala antara sekolah dan masyarakat;
  8. Mewujudkan sekolah berwatak.

Mudahkan Urusan Ko-Kurikulum Guru Di Sekolah

Guru sememangnya seorang yang disegani dengan kerja murni mendidik masyarakat bermula dari kecil sehingga dewasa. Proses pendidikan oleh guru telah mempunyai pelbagai tikatan. Selain perlu mengajar di sekolah, guru juga perli melibatkan diri dengan aktiviti pengajaran di luar kelas iaitu Ko-kurikulum yang akan memberi pendidika di luar kelas kepada murid-murid. Oleh kerana tugas guru yang bervariasi, kerajaan serta badan-badan perguruan perlu bergerak seiring dalam membantu dan memberi sokongan kepada guru-guru. Kami dari Sistem Guru Online sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik dalam memudahkan urusan guru mendapatka bahan pengajaran dan maklumat tambahan.