DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN BOLA BALING SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

BOLA BALING

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN BOLA BALING SEKOLAH RENDAH BAGI GURU. Modul latihan merupakan satu kepentingan kepada guru untuk mengajarkan dan memudahkan kefahaman kepada murid sesuai peringkat dan tikatan akal fikiran murid-murid.

Melalui penetapan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan modul-modul latihan bagi memudahkan pembelajaran ko-kurikulum bersistematik dan menepati standard pengajaran nasional. Oleh itu, khas kepada guru-guru yang mengajar di sekolah rendah mahupun menengah kami dari Sistem Guru Online sentiasa membawakan bahan-bahan pengajaran yang diperlukan oleh pelbagai guru-guru dari subjek yang pelbagai.

Bagi mendapatkan modul latihan sukan Bola Baling Sekolah Rendah, anda boleh merujuk dibawah.

Pengenalan Sukan Bola Baling

Sukan Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan.Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Menghantar bola menggunakan tangan mereka dengan tujuan untuk membalingnya ke dalam gawang pasukan lain. Perlawanan yang piawai terdiri daripada dua masa 30 minit, dan pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol menang. Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.

Sejarah Perkembangan Sukan Bola Baling Di Malaysia

Bola baling mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1976,oleh Encik Lim Hock Han (Pengarah Sukan Universiti Malaya).Beliau memperkenalkan permainan ini kepada kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di negeri Selangor.Selepas itu sebuah jawatankuasa kerja,khusus untuk permainan bola baling telah dibentuk untuk tujuan menjadi badan menyelaras bagi mempopularkan pemainan ini khusus dalam kalangan pelajar sekolah,maktab dan universiti.

Kementerian Pendidikan serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM) mengadakan pelbagai kursus dalam aspek pengenalan permainan,pengadilan dan kejurulatihan bola baling kepada guru-guru.Tujuannya adalah untuk mengembangkan permainan ini ke sekolah – sekolah di seluruh negara.Pada tahun 1981,Persatuan Bola Baling Selangor/ Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan.

Pada tahun 1984 Persekutuan Bola Baling Malaysia telah ditubuhkan dengan Encik Cheah Hai Su( Pegawai dari Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pendidikan) telah dilantik sebagai Presiden manakala Encik Kan Tong Leong sebagai Setiausaha.Pada tahun 1986 Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Asia( AHF ).

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN BOLA BALING SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Dibawah dilampirkan modul latihan sukan Bola baling bagi peringkat sekolah rendah.Guru-guru yang memerlukan bahan mengajar pelbagai jenis subjek dan modul latihan, anda boleh ikuti telegram Rasmi Sistem Guru Online

Liha Juga Beberapa Modul Latihan Yang Lain:

  1. Modul Latihan Sukan Bola Tampar Bagi Sekolah Rendah
  2. Modul Latihan Sukan Ping Pong Bagi Sekolah Rendah
  3. Modul Latihan Sukan Bola Sepak Bagi Sekolah Rendah
  4. Modul Latihan Sukan Bola Keranjang Bagi Sekolah Rendah
  5. Modul Latihan Sukan Sepak Takraw Bagi Sekolah Rendah
  6. Modul Latihan Sukan Olahraga Bagi Sekolah Rendah
  7. Modul Latihan Sukan Hoki Bagi Sekolah Rendah

Download File  Modul Latihan Sukan Bola Baling Sekolah Rendah Bagi Guru:

MODUL LATIHAN SUKAN BOLA BALING SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Untuk para guru sekalian, jikalau anda mempunyai beberapa permintaan atau request beberapa bahan pengajaran. Anda boleh merujuk dan membuat carian di telegram rasmi kami Sistem Guru Online > https://telegram.me/sistemguruonline

Ikuti Penetapan Modul Latihan Yang Disediakan Bagi Memudahkan Proses Mengajar Guru

Guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak bangsa untuk masa hadapan. Pengajaran guru dalam mendidikkan rohani dan jasmani mempunyai etika yang tersendiri. Begitu juga dalam sukan, guru memerlukan modul bagi memudahkan dan membantu guru menghidupkan suasana sukan di sekolah.