DOWNLOAD MODUL LATIHAN HOKI SEKOLAH RENDAH KHAS UNTUK GURU

DOWNLOAD MODUL LATIHAN HOKI SEKOLAH RENDAH KHAS UNTUK GURU. Modul latihan merupakan satu keperluan kepada guru untuk mengajarkan dan memudahkan kefahaman kepada murid sesuai peringkat dan tikatan akal fikiran murid-murid.

Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), melancarkan modul-modul latihan bagi memudahkan pembelajaran ko-kurikulum bersistematik dan menepati standard pengajaran nasional. Oleh itu, khas kepada guru-guru yang mengajar di sekolah rendah mahupun menengah kami dari Sistem Guru Online sentiasa membawakan bahan-bahan pengajaran yang diperlukan oleh pelbagai guru-guru dari subjek yang pelbagai.

Bagi mendapatkan modul latihan hoki Sekolah Rendah, anda boleh merujuk dibawah.

Pengenalan Sukan Hoki

Hoki disingkatkan kepada Hoki Padang adalah pasukan sukan dalam keluarga hoki. Asal-usul awal permainan bermula pada Abad Pertengahan di England, Scotland, Perancis dan Belanda. Permainan ini boleh dimainkan di padang rumput atau padang rumput tiruan serta permukaan papan dalaman. Setiap pasukan bermain dengan sebelas pemain, termasuk penjaga gawang. Pemain menggunakan kayu hoki yang terbuat dari kayu, serat karbon, serat kaca atau gabungan serat karbon dan serat kaca dalam kuantiti yang berlainan (dengan kayu hoki serat karbon yang lebih tinggi menjadi lebih mahal dan kurang cenderung untuk pecah) untuk memukul bola yang bulat, keras dan plastik. Panjang batang bergantung pada ketinggian individu pemain.

Sejarah Sukan Hoki Di Malaysia

Hoki di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1898. Permainan ini menjadi popular pada awal tahun 1920-an dan diperkenalkan di sekolah-sekolah awam Inggeris sahaja ketika itu. Pertandingan liga yang pertama dianjurkan di Pulau Pinang pada tahun 1925. Persatuan Hoki Negeri yang pertama ditubuhkan ialah Negeri Perak pada tahun 1927.Majlis Hoki Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 untuk menguruskan semua sukan hoki di Malaysia. la dibubarkan pada tahun 1954 dan digantikan dengan Persekutuan Hoki Malaysia.Dua Perdana Menteri Malaysia , iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn pernah menjadi presiden persatuan ini.

Malaysia sangat aktif dalam hoki pada peringkat Asia dan antarabangsa. Semua negeri dan Angkatan Tentera bergabung dengan Persekutuan Hoki Malaysia Pertandingan- pertandingan hoki juga dikelolakan oleh persatuan kebangsaan,persatuan-persatuan hoki negeri, bank, angkatan tentera dan jabatan – jabatan kerajaan Malaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada tahun 1956 dan pasukan hoki lelaki kebangsaan Malaysia telah menyertai sukan olimpik tersebut.

Kejayaan Sukan Hoki Malaysia

Kecenderungan dan dorangan Malaysia dalam sukan jenis hoki dari zaman 90-an menjadikan hoki Malaysia adalah yang terbaik di asia dan merupakan antara top pasukan hoki di dunia. Ranking pasukan hoki negara juga merupakan antara negara yang teratas iaitu berada di dalam kelompok 10 negara terbaik dunia. Kini, dunia mengiktiraf pasukan hoki Malaysia merupakan pasukan gergasi dunia.

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN HOKI SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Dibawah dilampirkan modul latihan sukan Hoki bagi peringkat sekolah rendah.Guru-guru yang memerlukan bahan mengajar pelbagai jenis subjek dan modul latihan, anda boleh ikuti telegram Rasmi Sistem Guru Online

Download File  Modul Latihan Sukan Hoki Sekolah Rendah Bagi Guru:

MODUL LATIHAN SUKAN HOKI SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Untuk para guru sekalian, jikalau anda mempunyai beberapa permintaan atau request beberapa bahan pengajaran. Anda boleh merujuk dan membuat carian di telegram rasmi kami Sistem Guru Online > https://telegram.me/sistemguruonline

Ikuti Penetapan Modul Latihan Yang Disediakan Bagi Memudahkan Proses Mengajar Guru

Guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak bangsa untuk masa hadapan. Pengajaran guru dalam mendidikkan rohani dan jasmani mempunyai etika yang tersendiri. Begitu juga dalam sukan, guru memerlukan modul bagi memudahkan dan membantu guru menghidupkan suasana sukan di sekolah.