Percuma Download Modul 100 Aktiviti Permainan Minda (Islamik) Untuk ice breaking, team building, usrah, aktiviti berfikir, dan pelbagai lagi.

aktyvi ustrah

Percuma Download Modul 100 Aktiviti Permainan Minda (Islamik) Untuk ice breaking, team building, usrah, aktiviti berfikir, dan pelbagai lagi. Aktiviti pengisian di sekolah merupakan satu cara untuk memberi manfaat dan menambahkan ilmu serta pengalaman kepada pelajar. Melalui program aktivti berfikir,usrah , team bulding , ice breaking dan lain-lain akan memberi pengalaman kepada pelajar serta pengetahuan baharu dalam masa yang sama akan memberi keyakinan dalam berkomunikasi dan memimpin.

Bagi memudahkan urusan para guru atau facilitator program, disini Sistem Guru Online ada menyediakan bahan-bahan pengajaran serta pengisian yang akan memudahkan urusan anda dalam melaksanakan program dan memastikan aktiviti berjalan seiring rancangan.

Khas kepada anda kami sediakan Percuma Download Modul 100 Aktiviti Permainan Minda (Islamik) Untuk ice breaking, team building, usrah, aktiviti berfikir, dan pelbagai lagi. Anda boleh ikuti dibawah.

Percuma Download Modul 100 Aktiviti Permainan Minda (Islamik) Untuk ice breaking, team building, usrah, aktiviti berfikir, dan pelbagai lagi

Khas kepada guru dan facilitator yang memerlukan dan membuat persiapan bagi mengacara program-program, kami menyediakan kepada anda Modul 100 Aktiviti Permainan Minda (Islamik) Untuk ice breaking, team building, usrah, aktiviti berfikir, dan pelbagai lagi.

Untuk dapatkan bahan tersebut, anda boleh “Muat Turun” kandungan bahan tersebut didalam file berbentuk PDF :

Modul 100 Aktiviti Permainan Minda (Islamik) Untuk ice breaking, team building, usrah, aktiviti berfikir, dan pelbagai lagi.

Untuk para guru sekalian, jikalau anda mempunyai beberapa permintaan atau request beberapa bahan pengajaran. Anda boleh merujuk dan membuat carian di telegram rasmi kami Sistem Guru Online > https://telegram.me/sistemguruonline

Kepentingan Aktivit Usrah

Aktiviti usrah ialah satu aktiviti yang mana pelajar-pelajar akan dibahagi mengikut kumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai dalam 5-7 orang satu kumpulan. Usrah bermaksud keluarga dalam bahasa arab. Menariknya aktivti usrah adalah kerana ia akan dipimpin oleh seorang “Naqib”. Naqib selaku pemula bicara akan membawa satu topik yang akan dibahaskan dalam satu kali pertemuan usrah seminggu.

Perbincangan di dalam usrah tidaklah berat dan bersifat santai. Namun, ahli-ahli di dalam usrah juga akan diberi peluang untuk mengutarakan pendapat dalam perbincangan. Kebiasaan usrah diadakaan untuk mengukuhkan hubungan persahabatan satu sekolah dan dapat memperkenalkan diri pelajar dari pelbagai kelas dan tingkatan.

Kesan aktiviti usrah di dalam diri pelajar

Aktiviti usrah bukanlah suatu aktiviti yang membuang masa, ianya padat dengan perkongsian ilmiah dan bicara ilmiah. Antara pengisisan aktiviti Usrah adalah membaca quran, membincangkan suatu hadis, bercerita mengenai kisah-kisah para sahabat dan lain-lain isu untuk diketengahkan demi mendapat manfaat bersama. Berikut merupakan kesan baik hasil aktivti usrah di sekolah:

  1. Pelajar akan dididik mempunyai nilai-nilai murni
  2. Hubungan pelajar akan lebih erat
  3. Pematuhan peraturan sekolah akan dilakukan oleh pelajar
  4. Membina keyakinan diri dalam pengucapan umum
  5. Mewujudkan sifat kepimpinan dalam diri pelajar

Demikianlah, aktiviti usrah yang mempunyai tujuan yang baik serta pengisian rohani akan menguatkan iman dan akidah seseorang pelajar.Kementerian Pelajaran Malaysia wajar mengusulkan kewajipan aktivti usrah dikalangan pelajar di masa yang akan datang.

Aktiviti Luar Sekolah Membina Jati Diri Seseorang Pelajar

Pihak sekolah wajar memainkan peranan besar dalam membina dan mewujudkan komuniti pelajar dalam mengambil inisiatif pengisian diluar sekolah bagi mengelakkan pelajar terjebak kearah aktivti tidak berfaedah. Pengisian berteraskan quran dan sunnah akan memacu seseorang pelajar kearah kebaikan untuk kehidupan individu dan masyarakat.