Belajar Huruf Bersama Aktiviti Pagar Sesat (Maze)

Belajar huruf bersama aktiviti pagar sesat (maze)

Belajar Huruf Bersama Aktiviti Pagar Sesat (Maze). Mari bersama-sama mengenali huruf melalui aktiviti melengkapkan aktiviti Pagar Sesat yang telah disediakan di bawah. Aktiviti Pagar Sesat bukan sahaja dapat menarik minat kanak-kanak untuk melengkapkan aktiviti, malah ia mampu merangsang pemikiran mereka untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi iaitu mencari jalan keluar bagi sesuatu pagar sesat. Selain itu, aktiviti Pagar Sesat juga boleh memberikan kelebihan seperti:

  • Memberikan pandangan kepada kanak-kanak untuk melihat sesuatu gambaran dari pelbagai sudut.
  • Mengenali bentuk huruf dengan lebih mudah
  • Merangsang minda kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih mendalam

Aktiviti Mengenali Huruf

Selain daripada melakukan aktiviti Pagar Sesat ini, Para guru mahupun ibu bapa boleh menyediakan aktiviti seperti permainan menggunakan kad imbasan (flashcard) yang berupaya melatih daya ingatan kanak-kanak seawal usia mereka 5 tahun.

Aktiviti mewarna & melukis juga merupakan antara aktiviti yang termudah untuk dilakukan kerana penyediaan bahan yang tidak terlalu rumit. Ibu bapa hanya memerlukan kertas & pensil warna sahaja !

Malah, bahan-bahan mewarna juga telah tersedia di hujung jari.

Untuk aktiviti yang lebih menarik lagi, ibu bapa dan guru boleh juga menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di sekeliling untuk membentuk sesuatu huruf. Misalnya seperti membentuk huruf A menggunakan daun-daun kering sahaja. Aktiviti yang melibatkan penyentuhan pelbagai jenis permukaan akan dapat merangsang minda kanak-kanak dengan lebih pantas lagi.

Tetapi diingatkan kepada ibu bapa dan guru untuk terus menjaga kebersihan diri dan kanak-kanak agar tidak mudah dijangkiti daripada penyakit yang sedang merebak ketika ini.

Dapatkan “Belajar Huruf Bersama Aktiviti Pagar Sesat (Maze)” di sini


Di sini kami kongsikan bahan Belajar Huruf Bersama Aktiviti Pagar Sesat (Maze). Sila muat turun bahan tersebut melalui pautan yang disediakan di bawah. Sumber bahan adalah daripada Telegram SIMPLE AND FUN BBM by atilarif.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Aktiviti Pagar Sesat Mengenali Huruf

Para guru dan ibu bapa boleh memuat turun bahan ini untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar untuk memudahkan proses pengajaran. Bahan ini juga boleh menjadi aktiviti sampingan oleh ibu bapa bersama anak-anak ketika cuti sekolah dan pada masa lapang.

Penutup

Sebelum ini, kami juga ada menyediakan beberapa bahan pendidikan seperti:

  1. Kad Imbasan Belajar Bahasa Inggeris untuk Prasekolah
  2. Mari Membaca Ayat Mudah untuk Murid Prasekolah
  3. Aktiviti Kad Lipat Suku Kata KVKVKV untuk Murid Prasekolah

Diharapkan agar perkongsian mengenai Belajar Huruf Bersama Aktiviti Pagar Sesat (Maze) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pembelajaran kepada murid dan anak-anak.

Dapatkan juga bahan pembelarajan sama ada untuk murid di peringkat Tadika, Sekolah Rendah mahupun Sekolah Menengah, di laman web rasmi Sistem Guru Online.