BANTUAN MAIK : PERMOHONAN BANTUAN AM RM500 -RM3,000 l TERMA DAN SYARAT

Bantuan Maik : Bantuan Am RM500 – RM3,000, Terma Dan Syarat. Di zaman Pandemik COVID-19 ini ramai diantara kita yang terjejas dan amat memerlukan bantuan dari pihak kerajaan pusat atau negeri. Bagi membantu mereka yang memerlukan dan terjejas, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan-bantuan dan inisiatif kepada yang mereka berkelayakan dan amat memerlukan.

Antara bantuan daripada pihak kerajaan negeri Kelantan, iaitu di bawah Majlis Agama Islam Kelantan(MAIK)  telah memperkenalkan bantuan khusus kepada rakyat Kelantan yang memerlukan bantuan dan sokongan bantuan kewangan. Bantuan melalui Majlis Agama Islam Kelantan(MAIK) adalah tanda kecaknaan kerajaan negeri Kelantan terhadap kesusahan yang dihadapi rakyat Kelantan. Antara inisiatif kerajaan negeri Kelantan adalah untuk menolong rakyat yang menetap di negeri Kelantan dari kalangan faqir miskin. Oleh itu, kerajaan negeri Kelantan dibawah MAIK telah memperkenalkan bantuan kewangan kepada rakyat Kelantan yang terjejas dan memerlukan bantuan iaitu Bantuan Am.

Bantuan Maik : Bantuan Am RM500 – RM3,000, Terma Dan Syarat

Apakah Itu Bantuan Am?

Bantuan Am merupakan bantuan yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Dalam usaha memastikan pertolongan dapat disalurkan kepada rakyat negeri Kelantan, MAIK telah memperkenalkan pelbagai bantuan berbentuk bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan dan menepati kriteria kelayakan.

Apakah Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Am?

Syarat-syarat kelayakan menerima bantuan Am telah ditetapkan oleh MAIK. Ini adalah kerana untuk memastikan bantuan Am diterima kepada mereka yang dari golongan yang benar-benar memerlukan sahaja. Berikut syarat-syarat kelayakan menerima bantan Am:-

  1. Beragama Islam.
  2. Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan tidak kurang dari setahun serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal
  3. Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan
  4. Pemohon yang masih produktif untuk melakukan kerja harian tetapi masih tergolong dalam asnaf fakir dan miskin serta tidak memenuhi syarat untuk diberi bantuan bulanan.

Berapakah Kadar Bantuan AM?

Kadar bantuan minimum bagi bantuan Am ialah RM500.00 sehingga maksimum RM3,000.00 (tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)

Bantuan yang akan diberikan kepada pemohon adalah berdasarkan latar belakang pemohon. Dengan merujuk dokumen permohonan yang dilampirkan beserta dokumen sokongan. Untuk membuat permohonan Bantuan Am anda boleh merujuk cara permohonan dibawah.

Permohonan Bantuan Maik : Bantuan Am RM500 – RM3,000

Apakah Kaedah Permohonan Bantuan Am?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian. Pihak pengurusan MAIK telah memperkenalkan cara permohonan baharu iaitu melalui sistem e-agihan yang baru diperkenalkan tahun 2022.

Dokumen Apakah Yang Diperlukan Semasa Membuat Permohonan?

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:-

  1. Salinan Kad Pengenalan / surat beranak pemohon, pasangan dan tanggungan
  2. Salinan akaun Tabung Haji dan salah satu akaun bank berikut yang masih aktif ; Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Rakyat
  3. Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pemohon dan pasangan (jika berkaitan)
  4. Salinan slip gaji / penyata pencen pemohon dan pasangan sekiranya bekerja kerajaan / swasta atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada slip gaji
  5. Salinan surat pengesahan perubatan, laporan polis kes kemalangan, kebakaran, bencana alam, kematian, kecurian dan lain-lain (jika berkaitan).

Bagaimanakah Cara Membuat Permohonan Bantuan Am?

Berikut merupakan cara permohonan bantuan Am secara atas talian (Online)

  1. Permohonan boleh dibuat secara ”online” menerusi portal rasmi MAIK.
  2. Sila pergi ke  SISTEM E-AGIHAN MAIK. Dan pilih “Bantuan AM”. Pemohon boleh membuat semakan kelayakan.
  3. Pemohon hendaklah memuat turun borang pengesahan maklumat pemohon untuk disahkan oleh imam masjid bandar / jajahan / mukim / penggawa (yang mana berkaitan)
  4. Pemohon hendaklah memuat naik dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan ke dalam sistem e-agihan MAIK
  5. Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak
  6. Bantuan disalurkan kepada ketua isi rumah kecuali bagi kes-kes tertentu.
  7. Permohonan bantuan boleh dibuat dua kali setahun (Jan hingga Jun dan Julai hingga Disember)

Kaedah Bayaran:
Pembayaran dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT) / tunai (bagi kes kecemasan)

Apa Lagi Bantuan Yang di Sediakan Oleh Kerajaan Bagi Membantu Rakyat Terutama Golongan Yang Memerlukan?

Untuk pengetahuan semua, ada banyak lagi permohonan bantuan dari kerajaan yang anda boleh mohon bagi tahun 2022 ini. Disini kami lampirkan beberapa bantuan yang anda boleh mohon :

  • Bantuan kerajaan sediakan kepada lepasan pelajar sekolah dan graduan. Anak muda layak untuk memohon. Anda boleh buat permohonan di: Bantuan Elaun RM300 kepada pelajar
  • Kerajaan telah buat satu inisiatif untuk mereka yang mencari kerja. Anak muda atau mereka yang sedang mencari pekerjaan wajar untuk memohon kemudahan kerajaan sediakan. Boleh mohon di : Bantuan elaun cari kerja
  • Khas buat penggemar beli di shopee, kerajaan telah melaksanakan program pemberian baucar kepada pembeli shopee, anda boleh claim baucar di shopee! Sila claim baucar anda sekarang: Bantuan baucar shopee 2022
  • Kerajaan telah mengumumkan bantuan berbentuk e-wallet.Tebus e-wallet anda sekarang! : Bantuan e-wallet RM150
  • Anda ingin membina sebuah rumah? tetapi kurang bajet? Berita gembira kepada anda! kerajaan telah membuka permohonan Bantuan Bina Rumah Mesra Rakyat (RMR) mohon segera, ini adalah kemudahan kerajaan kepada rakyat Malaysia.

Bantuan MAIK, Bantuan Untuk Rakyat Kelantan

Kerajaan negeri Kelantan, dibawah MAIK sentiasa komited dalam membantu rakyat negeri yang terjejas dan di dalam kesusahan. Oleh itu, dengan kewujudan bantuan Am ini membuktikan kecaknaan kerajaan kepada pelbagai lapisan dan lain-lain kategori tidak kira umur, bangsa dan keturunan.