Penerangan Ringkas Berkenaan Istilah ‘Catch Up Plan’ (CUP)

Penerangan CUP 2022

Penerangan Ringkas Berkenaan Istilah ‘Catch Up Plan’ (CUP). CUP dilaksanakan bagi merapatkan semula jurang pembelajaran yang dicipta semasa sesi persekolahan jarak jauh dilakukan.

Catch Up Plan juga bermaksud dimana para guru perlu menyediakan pelan untuk mengenal pasti dan menggariskan sejauh mana topik atau kemahiran yang diajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (pdpr), sampai kepada murid atau tidak.

Dalam merangka CUP, guru-guru perlu melalui beberapa fasa. Namun, perlu diingatkan bahawa fasa 1 adalah fasa yang penting dan perlu diambil berat ketika melaksanakannya.

Apakah yang Perlu Dilakukan dalam Fasa 1?

Di sini, kami akan sediakan langkah-langkah yang diperlukan dalam melaksanakan fasa 1:

  1. Mengenal pasti sama ada Kandungan Asas Kurikulum (KAK) yang terdapat di dalam Dokumen Penjajaran telah selesai diajar atau belum semasa pdpr dilaksanakan. Peratus KAK ini akan menentukan strategi yang sesuai dilakukan dalam membantu murid-murid yang tercicir semasa sesi pdpr.
  2. Mengenal pasti Tahap Penguasaan murid dalam PBD yang telah dilaksanakan sepanjang pdpr. Terdapat beberapa kaedah pentaksiran PBD seperti pemerhatian, penulisan, lisan dan gabunga. Kandungan Asas Kurikulum (KAK) dan Tahap Penguasaan (TP) adalah saling berkait.
  3. Pentaksiran Standard Setara (PSS) pula dilakukan bagi melihat sejauh mana kefahaman murid semasas pdpr dahulu. Guru perlu mencatatkan jumlah murid yang lulus dan gagal bagi peringkat ini.
  4. Mengambil kira Tahap Penguasaan (TP) murid yang telah ditaksir dalam PBD dan markah PSS. Murid yang tercicir akan dilihat hasil daripada TP dalam PBD dan PSS yang telah dijalankan.
  5. Mula melaksanakan Strategi 1 dimana merujuk kepada pemulihan. Guru-guru perlu ulang semula bahagian yang tercicir oleh murid yang telah dikenalpasti

Merancang Strategi Mengikut TP Murid

  • Strategi 1: Bagi kelompok murid yang hanya pada TP 1 dan TP 2. Strategi 1 adalah strategi Pemulihan.
  • Strategi 2: Bagi kelompok murid pada TP 3 dan TP 4. Strategi 2 pula merujuk kepada pengukuan dimana para guru hanya perlu mengukuhkan murid yang berada pada Tahap Penguasaan ini melalui aktiviti-aktiviti pengukuhan.
  • Strategi 3: Bagi kelompok murid TP 5 dan TP 6. Strategi 3 adalah dimana merujuk kepada Penggayaan khusus kepada murid pada Tahap Penguasaan 5 dan 6

Para guru boleh mengumpulkan data melalui status pengesanan yang dilakukan. Daripada data ini, guru dapat melihat sejauh mana KAK yang telah selesai dilaksanakan dan KAK yang belum diajar lagi kepada murid. Setiap KAK telah disediakan di dalam Dokumen Penjajaran DKSP

Di dalam langkah 5 Fasa 1 yang disebutkan di atas merupakan perancangan untuk Fasa 2 yang bakal guru lalui bermula pada 9 Januari 2022 sehingga 28 Februari 2022. Perkara inilah yang dipanggil sebagai Bridging Programme yang merupakan program untuk merapatkan jurang pembelajaran bagi murid yang terkesan sewaktu pkp.

Pendekatan yang Boleh Dilakukan

Kami menyediakan pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan oleh para guru dalam mengisi kekurangan yang telah dikenalpasti dalam kalangan murid:

  1. Pendekatan Modular
  2. Pendekatan Bertema
  3. Pendekatan Berbeza
  4. Pendekatan Berasaskan Projek
  5. Student Enrichment Learning Framework (SELF)

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai¬†Penerangan Ringkas Berkenaan ‘Catch Up Plan’ (CUP) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dalam memahami kepentingan dan keperluan melaksanakan Catch Up Plan 2022 ini. Kredit kepada Dee Nasuha.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa buah artikel yang boleh digunakan sebagai latihan pengukuhan kepada murid sekolah rendah. Antaranya ialah: