Lembaran Kerja Saya Pandai Menulis Nombor 1-10

lembaran kerja saya pandai mengira nombor

Lembaran Kerja Saya Pandai Menulis Nombor 1-10. Bagi murid prasekolah, mereka perlulah didedahkan dengan asas Matematik dengan cara yang kreatif agar mereka dapat meminati mata pelajaran ini seawal usia 5 tahun.

Ia merupakan peranan penting bagi ibu bapa dalam memastikan anak-anak dapat pendidikan yang mencukupi walaupun terpaksa melalui pembelajaran secara atas talian.

Selain daripada pemberian latihan secara kerap, ibu bapa juga perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan bagi menggalakkan mereka untuk bermain sambil belajar. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah:

  • Mengira menggunakan bahan-bahan yang terdapat di sekeliling kawasan (Lidi, sudu dan sebagainya)
  • Melakukan aktiviti mewarna sambil mengira
  • Melakukan aktiviti pagar sesat

Selain daripada aktiviti fizikal, mereka juga boleh belajar menggunakan kemudahan yang terdapat pada masa kini iaitu seperti menonton video pembelajaran yang sesuai. Untuk perkara ini, ibu bapa perlulah mengawasi anak-anak agar mereka tidak mendatangkan keburukan kepada perkembangan minda mereka.

Dapatkan “Lembaran Kerja Saya Pandai Menulis Nombor 1-10” di sini


Di sini kami kongsikan lembaran kerja yang boleh membantu murid untuk mahir dalam menulis asas nombor. Bagi murid prasekolah, asas nombor yang mereka perlu tahu adalah 1 sehingga 10 sahaja. Namun jika murid dapat belajar lebih banyak nombor, ia adalah lebih baik untuk pembangunan minda mereka.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : latihan kenali nombor 1-10

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Kerja Saya Pandai Menulis Nombor 1-10 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini juga dapat membantu murid untuk mengenali nombor dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan untuk murid prasekolah dan sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid sama ada sekolah rendah, sekolah menengah atau prasekolah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Kami juga ada berkongsi informasi berkenaan dengan bantuan kerajaan seperti 7 Senarai Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia yang bermanfaat kepada orang ramai.