Latihan Pemulihan Berwarna: Kemahiran 11 Perkataan KV+KVK

 

latihan pemulihan berwarna

Latihan Pemulihan Berwarna: Kemahiran 11 Perkataan KV+KVK ini menyediakan pelbagai bentuk ayat untuk para murid memahami dengan lebih baik.

Setiap suku kata juga diasingkan mengikut warna bagi memudahkan murid untuk mengenalpasti dengan lebih mudah.

Pembelajaran menggunakan teknik suku kata adalah bagi memudahkan murid untuk membaca satu perkataan kepada satu perkataan sehingga ia menjadi sebuah ayat yang lengkap. Proses mengeja dan membaca suku kata adalah lebih mudah berbanding dengan membaca sebuah ayat secara terus.

Namun, pembelajaran yang diajarkan oleh para guru adalah tidak cukup untuk melatih murid dapat membaca secara terus. Oleh itu, ibu bapa perlulah mempunyai inisiatif dalam memastikan anak-anak melakukan latihan dengan kerap untuk mengasah kemahiran membaca mereka.

Ibu bapa perlulah membekalkan bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur mereka dan memberikan tunjuk ajar ketika anak-anak sedang membaca sesebuah bahan bacaan.

Dalam pada masa yang sama, hubungan antara ibu bapa juga dapat terjalin selain daripada menguatkan kemahiran membaca kanak-kanak. Setelah mereka telah menguasai sesuatu bahan bacaan, ibu bapa boleh menukar kepada tahap bacaan yang lebih sukar seperti bahan yang kurang elemen kartun dan lebih banyak perkataan dan huraian.

Dapatkan “Latihan Pemulihan Berwarna: Kemahiran 11 Perkataan KV+KVK” di sini


Di sini kami kongsikan lembaran kemahiran KV+KVK yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar murid pemulihan serta murid tahap 1. Sumber bahan adalah daripada telegram BBM HHEdukids Sharing & Collection.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : KEMAHIRAN 11 (PERKATAAN KV+KVK)

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Latihan Pemulihan Berwarna: Kemahiran 11 Perkataan KV+KVK ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang sesuai untuk berikan kepada murid pemulihan dan tahap 1:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak bahan pendidikan sama ada untuk murid sekolah rendah, sekolah menengah mahupun prasekolah, boleh ke laman sesawang utama Sistem Guru Online. Kami juga ada berkongsi informasi terkini untuk membekalkan kepada orang ramai berkenaan dengan informasi bermanfaat seperti bantuan kerajaan dan sebagainya.