Kad Imbasan Belajar Bahasa Inggeris untuk Prasekolah

kad imbasan belajar bahasa inggeris

Kad Imbasan Belajar Bahasa Inggeris untuk Prasekolah. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan oleh ibu bapa dan guru dalam menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan kepada kanak-kanak.

Cara yang terbaik untuk mengajarkan kanak-kanak seawal umur 4 tahun berkenaan dengan mengenali perkataan Bahasa Inggeris adalah melalui penggunaan dalam kehidupan seharian. Ibu bapa perlulah menjadi ‘role model’ atau contoh kepada anak-anak untuk mengikuti rentak ibu bapa.

Jika ibu bapa ingin menggunakan bahan bantu belajar, ibu bapa boleh cuba menggunakan kad imbasan untuk menunjukkan maksud perkataan yang ingin diajar pada hari tersebut. Gunakan bahan yang menarik seperti penggunaan warna yang pelbagai dan sebagainya.

Setelah itu, ibu bapa digalakkan untuk mengaplikasikan perkataan tersebut di dalam kehidupan seharian untuk memudahkan kanak-kanak lebih memahami maksud perkataan tersebut dengan lebih baik.

Dapatkan “Kad Imbasan Belajar Bahasa Inggeris untuk Prasekolah ” di sini


Di sini kami kongsikan kad imbasan belajar Bahasa Inggeris yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengajar anak-anak mengenai perkataan ringkas Bahasa Inggeris. Lembaran ini juga sesuai untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru. Sumber bahan adalah daripada Telegram Ms.Nashiha.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Word Of The Day- Belajar Perkataan Mudah

Ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting bagi memastikan kanak-kanak dapat bahan pendidikan yang mencukupi dan didikan yang terbaik. Oleh itu, ibu bapa perlulah menjadi contoh yang terbaik untuk mereka ikuti seperti dalam percakapan, perbuatan dan sebagainya.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Kad Imbasan Belajar Bahasa Inggeris untuk Prasekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan untuk murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid mengenali perkataan-perkataan bahasa inggeris dengan lebih mudah.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Kami juga ada kongsikan informasi berkenaan dengan bantuan kerajaan dan sebagainya.