Mari Membaca Ayat Mudah untuk Murid Prasekolah

mari membaca ayat mudah (prasekolah)

Mari Membaca Ayat Mudah untuk Murid Prasekolah. Latihan ini adalah bagi membantu kanak-kanak untuk mudah membaca sebuah ayat yang lengkap.

Kanak-kanak boleh belajar mengeja dan menyebut satu per satu perkataan untuk membentuk ayat yang lengkap. Selain daripada aktiviti membaca, ibu bapa dan guru juga perlu mengambil berat kepada perkembangan fizikal kanak-kanak.

Perkembangan fizikal juga boleh dipupuk melalui beberapa aktiviti permainan dan pembelajaran. Perkembangan fizikal turut melibatkan kemahiran motor halus dan kasar kanak-kanak.

Antara aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar kanak-kanak adalah:

  • Aktiviti mewarna
  • Aktiviti menggunting dan menampal
  • Aktiviti berbasikal
  • Aktiviti menyusun blok-blok
  • Aktiviti menghasilkan origami

Aktiviti di atas merupakan senarai aktiviti yang boleh dilakukan bersama dengan anak-anak.

Dapatkan “Mari Membaca Ayat Mudah untuk Murid Prasekolah” di sini


Di sini kami sediakan bahan pendidikan untuk membantu murid prasekolah membaca ayat melalui suku kata yang mudah. Bahan ini juga dapat membantu murid untuk mengeja dan membaca terlebih dahulu. Setiap ayat yang disediakan juga adalah bersesuaian dengan tahap penguasaan murid prasekolah. Sumber bahan adalah daripada telegram Bahan Pendidikan Anak-anak.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Koleksi Ayat Mudah Membaca

Ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam membekalkan bahan pendidikan yang bermanfaat kepada anak-anak sama ada secara langsung atau tidak. Bahan pendidikan seperti permainan yang dapat mengasah kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak juga bagus untuk perkembangan mereka.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Koleksi Ayat Mudah Membaca ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat mengajarkan kanak-kanak untuk membaca dan mengeja ayat dengan lancar.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh diberikan kepada murid sekolah rendah, antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah mahupun sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Kami juga ada berkongsi beberapa informasi terkini dan bermanfaat untuk orang ramai seperti bantuan kerajaan, bantuan-bantuan pendidikan dan iklan jawatan kosong kerajaan.