Lembaran Kerja Grammar Sesuai untuk Sekolah Rendah

lembaran kerja grammar

Lembaran Kerja Grammar Sesuai untuk Sekolah Rendah. Buku kerja Tatabahasa ini adalah sesuai untuk diberikan kepada murid tahun 2 sehingga tahun 4. Penggunaan ayat dan tatabahasa juga mudah untuk difahami oleh murid pada tahap ini.

Bahasa Inggeris adalah merupakan bahasa yang penting untuk dikuasai oleh setiap pelajar. Antara cara awal yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak meminati bahasa inggeris adalah dengan cara:

  1. Memberikan bahan bantu mengajar dalam Bahasa Inggeris yang menarik dan bermanfaat
  2. Menggalakkan anak-anak untuk menonton rancangan dalam Bahasa Inggeris. Perkara ini perlulah diawasi oleh ibu bapa bagi mengawal masa menonton televisyen kanak-kanak
  3. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian untuk membiasakan mereka menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan.

Melalui kaedah di atas, sedikit sebanyak akan dapat memupuk rasa minat untuk pelajari Bahasa Inggeris dan dapat membantu mereka untuk membiasakan diri menggunakan Bahasa tersebut.

Dapatkan “Lembaran Kerja Grammar Sesuai untuk Sekolah Rendah” di sini


Di sini kami kongsikan lembaran kerja tatabahasa Bahasa Inggeris yang boleh digunakan oleh murid tahun 2 hingga 4. Ibu bapa dan para guru boleh memuat turun lembaran ini sebagai latihan tambahan kepada murid dan anak-anak. Sumber bahan adalah daripada telegram Nota Bahasa Inggeris. 

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Lembaran kerja Grammar

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Kerja Grammar Sesuai untuk Sekolah Rendah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid memahami dan menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh diberikan kepada murid sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang sesuai diberikan kepada murid sekolah rendah, sekolah menengah mahupun prasekolah, boleh lawati laman sesawang Sistem Guru Online. Kami juga ada berkongsi informasi bermanfaat untuk orang ramai seperti informasi bantuan-bantuan kerajaan, bantuan pendidikan dan banyak lagi.