Lembaran Aktiviti Mewarna (Bulan di dalam Setahun)

lembaran aktiviti mewarna

Lembaran Aktiviti Mewarna (Bulan di dalam Setahun). Aktiviti mewarna adalah merupakan salah satu aktiviti yang memberikan keseronokkan kepada kanak-kanak serta dapat memberikan manfaat kepada perkembangan mereka.

Antara aktiviti lain yang dapat memberikan manfaat kepada perkembangan mereka adalah:

  • Aktiviti melukis dan menulis
  • Aktiviti trace the dots
  • Melakukan aktiviti pengamatan melalui permainan pagar sesat
  • Aktiviti pembelajaran menggunakan kad imbasan

Setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan juga boleh dihasilkan menggunakan bahan yang terdapat di sekitar rumah. Bagi menjimatkan wang, ibu bapa boleh melakukan kajian melalui internet untuk menghasilkan sendiri bahan pendidikan anak-anak.

Proses pembuatan bahan pendidikan juga boleh dilakukan bersama-sama anak untuk mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Hubungan yang baik turut dapat memberikan kesan positif kepada perkembangan minda dan fizikal mereka.

Dapatkan “Lembaran Aktiviti Mewarna (Bulan di dalam Setahun) ” di sini


Di sini kami kongsikan lembaran aktiviti mewarna yang boleh diberikan kepada murid prasekolah mahupun kepada murid sekolah rendah. Aktiviti mewarna ini merupakan aktiviti tambahan yang boleh mereka lakukan semasa waktu lapang. Sumber bahan adalah daripada telegram SENI KREATIF. 

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Colour Months Of The Year

Aktiviti mewarna yang disediakan di atas dapat mengajar dan mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan bulan-bulan yang terdapat di dalam setahun. Aktiviti mewarna juga dapat menambahkan kemahiran fokus dan juga kemahiran motor halus mereka. Motor halus adalah penting untuk menguatkan pergerakan otot-otot kecil kanak-kanak

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Aktiviti Mewarna (Bulan di dalam Setahun) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu dalam perkembangan awal kanak-kanak.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan untuk murid sekolah rendah dan prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah mahupun sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Kami juga ada berkongsi informasi terkini seperti Jawatan Kosong kerajaan, bantuan pendidikan dan sebagainya.