Latihan Susun Nombor Sehingga Nombor 100

latihan susun nombor sehingga 100

Latihan Susun Nombor Sehingga Nombor 100. Latihan susun nombor adalah salah satu latihan asas yang boleh diberikan kepada kanak-kanak pada peringkat awal untuk mendedahkan kepada asas matematik.

Senarai aktiviti yang disediakan adalah pelbagai seperti menyusun secara tertib menaik dan tertib menurun. Aktiviti yang pelbagai dapat membantu murid untuk memahami kehendak setiap soalan dan mampu membantu dalam meningkatkan kemahiran menjawab pelbagai bentuk soalan.

Lembaran latihan yang disediakan di bawah juga sesuai untuk dijadikan sebagai latihan tambahan semasa cuti sekolah, atau sebagai latihan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka.

Antara kaedah lain yang boleh ibu bapa lakukan untuk mendedahkan mengenai asas Matematik kepada kanak-kanak adalah:

  1. Belajar nombor menggunakan kad imbasan. Kad imbasan boleh dihasilkan sendiri bersama anak-anak
  2. Menonton rancangan pembelajaran yang sesuai dengan umur kanak-kanak.
  3. Aplikasikan matematik dalam kehidupan seharian seperti membaca jam waktu dan sebagainya
  4. Ajarkan sifir seawal usia mereka 4 tahun. Mulakan dengan sifir yang mudah terlebih dahulu dan ajarkan sifir yang sukar mengikut tahap penguasaan anak-anak

Setiap kaedah yang dilakukan di atas pada masa yang sama dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

Dapatkan “Latihan Susun Nombor Sehingga Nombor 100” di sini


Di sini kami sediakan latihan asas matematik yang boleh diberikan kepada murid prasekolah sebagai latihan awal yang boleh mereka lakukan. Ibu bapa dan para guru boleh menggunakan bahan ini sebagai bahan bantu mengajar.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Latihan Susun Nombor Sehingga 100 

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Latihan Susun Nombor Sehingga Nombor 100 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid dapat mengenali susunan nombor dengan betul.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang bermanfaat untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang bermanfaat untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Kami juga ada berkongsi informasi bermanfaat seperti bantuan kerajaan, bantuan pendidikan dan sebagainya.