Koleksi Latihan Pengamatan (Aktiviti Maze)

koleksi latihan pengamatan

Koleksi Latihan Pengamatan (Aktiviti Maze). Aktiviti pagar sesat yang disediakan di bawah adalah sesuai untuk digunakan oleh murid sekolah rendah pada tahap 1 dan prasekolah.

Aktiviti pagar sesat atau Maze adalah merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang kreatif dan pada masa yang sama dapat membantu meningkatkan kemahiran memberikan tumpuan kepada murid-murid.

Antara kaedah pembelajaran yang lain yang mampu memberikan kesan yang sama adalah:

  1. Aktiviti mewarna
  2. Aktiviti menulis mengikut garisan putus-putus
  3. Aktiviti menampal dan menggunting. Aktiviti ini memerlukan pengawasan ibu bapa atau guru untuk memastikan keselamatan kanak-kanak

Aktiviti di atas merupakan antara aktiviti yang lain yang mampu meningkatkan tahap fokus kanak-kanak. Semasa melakukan aktiviti tersebut, kanak-kanak akan memberikan perhatian yang penuh untuk memastikan kerja yang dilakukan dapat mendatangkan hasil yang terbaik.

Apabila mereka melakukan aktiviti maze di bawah, mereka akan cuba sedaya upaya untuk mencari jalan yang dapat digunakan untuk menemukan garisan penamat.

Dapatkan “Koleksi Latihan Pengamatan (Aktiviti Maze)” di sini


Di sini kami kongsikan koleksi latihan pengamatan yang boleh membantu murid sekolah rendah dan prasekolah menguasai kemahiran menumpukan perhatian sepenuhnya.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Latihan Pengamatan – Maze

Ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam menyediakan bahan pendidikan kepada kanak-kanak. Hal ini adalah bagi memastikan mereka dapat pendidikan awal yang secukupnya sebelum melangkah ke alam prasekolah.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Koleksi Latihan Pengamatan (Aktiviti Maze) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini juga dapat memberikan kesan yang baik kepada pertumbuhan kanak-kanak.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang sesuai untuk diberikan kepada murid sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang bermanfaat sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah mahupun sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Kami juga ada berkongsi informasi berkenaan dengan bantuan kerajaan dan sebagainya.