Belajar Nama Binatang dalam Bahasa Inggeris dengan Latihan Berwarna

belajar nama binatang dalam bahasa inggeris

Belajar Nama Binatang dalam Bahasa Inggeris dengan Latihan Berwarna ini sesuai untuk diberikan kepada murid sekolah rendah dan murid prasekolah.

Ibu bapa dan guru hanya perlu mencetak bahan yang diberikan dan bimbing kanak-kanak supaya dapat melengkapkan latihan ini. Selain daripada dapat menambah kosa kata mereka, ia juga dapat membantu kanak-kanak untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana mempunyai kosa kata yang luas.

Pembelajaran Bahasa Inggeris juga perlulah seiring dengan Bahasa Melayu agar tidak ketinggalan dalam kedua-dua bahasa ini. Bahasa Melayu juga penting kerana ia merupakan bahasa utama di dalam negara, namun mempelajari Bahasa Inggeris juga penting untuk menaikkan diri ke pentas antarabangsa.

Apabila seseorang murid berani untuk bertutur menggunakan Bahasa Inggeris, secara tidak langsung ia akan memberikan keyakinan dalam diri mereka. Mereka juga tidak perlu takut untuk menggunakan Bahasa Inggeris walaupun penggunaan tatabahasanya tidak teratur.

Dapatkan “Belajar Nama Binatang dalam Bahasa Inggeris dengan Latihan Berwarna” di sini


Di sini kami kongsikan bahan belajar yan boleh digunakan oleh para guru dan ibu bapa semasa sesi PDPR. Bahan latihan ini juga sesuai jika digunakan untuk murid sekolah rendah.

Penggunaan gambar haiwan yang jelas serta berwarna merupakan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak berminat untuk menggunakan latihan ini. Ibu bapa juga digalakkan untuk memberikan bimbingan kepada anak-anak semasa melakukan latihan.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : KENALI NAMA BINATANG (ENGLISH)

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Belajar Nama Binatang dalam Bahasa Inggeris dengan Latihan Berwarna ini dapat membantu para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kreatif kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu kanak-kanak untuk meluaskan kosa kata Bahasa Inggeris.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi berkenaan dengan bahan-bahan bantu belajar lain. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Kami juga ada menyediakan informasi berkenaan dengan bantuan-bantuan kerajaan serta jawatan kosong yang bermanfaat untuk orang ramai.