Aktiviti Silang Kata Bahasa Melayu Sekolah Rendah

 

aktiviti silang kata bahasa melayu sekolah rendah

Aktiviti Silang Kata Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Lembaran aktiviti silang kata merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid meluaskan kosa kata.

Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa utama yang digunakan di dalam kehidupan seharian, ia juga menjadi salah satu mata pelajaran yang sering diambil mudah. Kesannya, murid hanya mengambil berat berkenaan dengan tatabahasa Bahasa asing berbanding dengan tatabahasa Bahasa Melayu.

Selain daripada dapat menambahkan kosa kata Bahasa Melayu murid, ia juga dapat membantu murid untuk belajar mengeja setiap perkataan yang dijumpai. Silang kata adalah aktiviti bahasa yang mencabar mengikut tahap permainan.

Ibu bapa boleh menggunakan aktiviti silang kata sebagai salah satu bahan pembelajaran bersama anak-anak semasa di rumah. Selain daripada dapat melakukan aktiviti permainan, ia juga dapat memberikan kesan pembelajaran sepanjang tempoh permainan.

Ibu bapa boleh menggunakan aktiviti silang kata Bahasa asing yang lain sebagai tujuan pembelajaran kepada anak-anak.

Dapatkan “Aktiviti Silang Kata Bahasa Melayu Sekolah Rendah” di sini


Di sini kami kongsikan latihan aktiviti silang kata yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar murid sekolah rendah mahupun prasekolah. Ia juga boleh dijadikan sebagai aktiviti sampingan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberikan manfaat. Sumber bahan adalah daripada Telegram BBM HHEdukids.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : AKTIVITI SILANG KATA BM

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Aktiviti Silang Kata Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat sedikit sebanyak membantu dalam pembelajaran murid-murid.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh diberikan kepada murid sekolah rendah dan prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Kami juga ada berkongsi informasi yang bermanfaat untuk orang ramai seperti bantuan kerajaan, jawatan kosong kerajaan dan sebagainya.