Modul Asas Numerasi untuk Murid Prasekolah dan Sekolah Rendah

Modul asas numerasi prasekolah & sekolah rendah

Modul Asas Numerasi untuk Murid Prasekolah dan Sekolah Rendah. Numerasi adalah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.

Di bawah merupakan 12 konstruk numerasi:

Konstruk 1: Keupayaan pranombor dan mengenal angka
Konstruk 2: Keupayaan membilang
Konstruk 3: Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4: Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5: Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6: Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7: Keupayaan mengenadalikan operasi asas
Konstruk 8: Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9: Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu
Konstruk 10: Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11: Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12: Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan wang, masa dan ukuran panjang

Kemahiran mengira merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap kanak-kanak agar mudah untuk melakukan pengiraan dalam kehidupan seharian.

Dapatkan “Modul Asas Numerasi untuk Murid Prasekolah dan Sekolah Rendah” di sini


Di sini kami sediakan modul pendidikan berkenaan dengan asas numerasi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum. Modul asas numerasi ini bukan sahaja sesuai untuk murid prasekolah, ia juga boleh dijadikan sebagai bahan ulangkaji murid sekolah rendah bagi murid peralihan dan tahap 1. Sumber bahan ini adalah daripada telegram All About Preschool by Teacher Molly.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Kami menyediakan modul asas numerasi ini dalam dua versi iaitu versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Asas Numerasi untuk Murid Prasekolah dan Sekolah Rendah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak prasekolah. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid prasekolah dan sekolah rendah memahami asas numerasi dengan lebih baik.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh para guru sekolah rendah dan prasekolah sebagai bahan bantu mengajar. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web Sistem Guru Online. Kami juga menyediakan informasi terkini berkenaan dengan bantuan pendidikan, jawatan kosong kerajaan dan sebagainya.