Bijak Jawi: Latihan Mencantum Perkataan Jawi

bijak jawi latihan menyambung perkataan

Bijak Jawi: Latihan Mencantum Perkataan Jawi ini menyediakan soalan-soalan latihan yang sesuai untuk dilakukan oleh murid prasekolah dan sekolah rendah tahap 1. Terdapat juga latihan suku kata yang memerlukan murid untuk menulis sambungan perkataan jawi yang membentuk suku kata tersebut.

Penulisan dan pembacaan tulisan jawi merupakan perkara penting untuk orang Islam bagi membaca dan menggunakannya kerana ia merupakan tulisan utama dalam kehidupan seharian. Tulisan ini sering digunakan dalam kitab suci Al-Quran dalam Bahasa Arab.

Walaupun ia sering digunakan oleh pelajar Islam, namun ia tidak menjadi halangan bagi pelajar bukan Islam untuk mempelajarinya. Penulisan Bahasa Melayu juga turut boleh ditulis menggunakan tulisan jawi.

Ketika ini, penulisan jawi tidak lagi menjadi keutamaan dalam aspek pembelajaran. Malah di IPT juga tidak mementingkan penulisan jawi melainkan bagi kursus berkenaan dengan keagamaan.

Tulisan jawi haruslah dipelihara dalam kalangan pelajar dan guru agar ia tidak hilang ditelan zaman.

Dapatkan “Bijak Jawi: Latihan Mencantum Perkataan Jawi” di sini


Di sini kami sediakan bahan latihan bagi mempelajari perkataan jawi oleh murid prasekolah dan murid tahap 1. Ibu bapa dan guru boleh menggunakan bahan ini sebagai bahan bantu mengajar kepada kanak-kanak atau sebagai latihan tambahan kepada mereka. Kredit bahan kepada Koleksi BBM Ustaz Arif.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Celik Jawi Latihan Mencantum Perkataan

Penguasaan penulisan jawi adalah sama dengan usaha ibu bapa dan guru bagi mengajar kanak untuk menguasai bahasa inggeris. Ia digalakkan untuk didedahkan kepada kanak-kanak di awal usia kerana bak kata pepatah “Meluntur buluh, biarlah dari rebungnya”.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Bijak Jawi: Latihan Mencantum Perkataan Jawi ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu kanak-kanak prasekolah dan tahap 1 menguasai penulisan jawi dengan mudah.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh guru dan ibu bapa bagi kanak-kanak sekolah rendah dan menengah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid sekolah rendah, sekolah menengah dan prasekolah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.