Modul Belajar Dari Rumah, Matematik untuk Prasekolah

modul belajar dari rumah matematik

Modul Belajar Dari Rumah, Matematik untuk Prasekolah. Modul ini merupakan e-book latihan asas Matematik yang penting untuk kegunaan murid prasekolah.

Sesuai dengan keadaan yang berlaku ketika ini, pembelajaran secara di rumah menjadi pilihan utama para ibu bapa. Perkara ini adalah bagi melindungi anak-anak daripada terdedah dengan virus covid-19.

Namun, pembelajaran yang dilakukan secara di rumah mendatangkan keresahan kepada ibu bapa. Hal ini kerana, pembelajaran di rumah tidak akan sama dengan cara penyampaian pembelajaran oleh guru secara bersemuka. Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan dan melakukan perancangan bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka.

Perkara utama yang ibu bapa boleh lakukan adalah dengan mewujudkan situasi yang menyeronokkan ketika sesi pembelajaran bersama anak kerana ia akan lebih mudah menarik minat mereka untuk meneruskan pembelajaran. Selain itu, ibu bapa juga boleh menggunakan peralatan yang terdapat di sekitar kawasan rumah sebagai bahan belajar.

Misalnya, ibu bapa boleh menghasilkan sendiri playdoh (tanah liat) bagi anak-anak untuk bermain. Tanah liat dapat merangsang kreativiti kanak-kanak dengan menghasilkan bentuk yag mereka ingin.

Dapatkan “Modul Belajar Dari Rumah, Matematik untuk Prasekolah” di sini


Di sini kami kongsikan modul yang boleh digunakan oleh para ibu bapa semasa musim persekolahan yang diadakan secara dari rumah bagi membantu anak-anak dalam pembelajaran. Guru juga boleh menggunakan modul ini sebagai bahan bantu mengajar murid prasekolah. Sumber bahan daripada telegram I’STUDY CIKGU AZIAN.¬†

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : MATEMATIK PRASEKOLAH (Banyak Sedikit, Kenal 1-10, Tambah)

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Belajar Dari Rumah, Matematik untuk Prasekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu penguasaan murid prasekolah mengenai matematik dengan lebih mudah.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh ibu bapa dan guru kepada murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi bermanfaat untuk orang ramai.