Koleksi Buku Cerita Kanak-Kanak (Islamik & Bahasa Melayu)

koleksi buku cerita kanak-kanak (islamik & bm)

Koleksi Buku Cerita Kanak-Kanak (Islamik & Bahasa Melayu). Aktiviti membaca atau bercerita merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan tabiat membaca kepada kanak-kanak.

Walaupun kanak-kanak tidak dapat memahami apa yang disampaikan ketika ibu bapa bercakap, sedikit sebanyak ia akan dapat memberikan manfaat kepada perkembangan mereka. Antaranya ialah:

  1. Mengukuhkan hubungan antara kanak-kanak dan ibu bapa. 
    Suara ibu bapa membacakan kisah-kisah pendek sebelum tidur yang didengari oleh kanak-kanak akan menjadikan mereka berasa seperti sedang dijaga dan disayangi.
  2. Menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.
    Kanak-kanak yang telah diahar untuk membaca sejak dari kecil akan mempunyai lebih banyak perbendaharaan kata dan kemahiran mengira yang lebih baik.
  3. Memperkenalkan bentuk objek baru.
    Pada mata bayi, mereka akan memberikan tumpuan lebih kepada corak dalam buku cerita yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Ibu bapa tidak perlu membeli buku yang tebal dan mahal, sebaliknya memilih buku yang mudah dan mempunyai kandungan yang pelbagai bentuk watak dan warna.
  4. Membantu proses emosi. 
    Apabila membacakan cerita di hadapan kanak-kanak, mereka akan memberikan perhatian kepada bagaimana ibu bapa menyampaikan emosi setiap watak (gembira, marah, takut) dengan ekspresi wajah dan intonasi yang berbeza.
  5. Membantu proses pertuturan.
    Membaca boleh merangsang perkembangan otak kanak-kanak. Apabila ibu bapa menceritaka kisah, mereka akan menerima maklumat dan mula belajar tentang bunyi, bunyi perkataan dan susunan ayat. Tabiat membaca kisah akan dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih mudah untuk berkomunikasi dengan persekitaran yang sebenar.

Dapatkan “Koleksi Buku Cerita Kanak-Kanak (Islamik & Bahasa Melayu)” di sini


Di sini kami kongsikan koleksi buku cerita yang sesuai untuk digunakan kepada kanak-kanak prasekolah. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai bahan bacaan ketika waktu lapang atau bahan bacaan sebelum tidur anak-anak. Sumber bahan daripada frs Learning Material, clever kids, ookbee buffet.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. Burung dgn Asap Tebal
  2. Petani Keci

Ibu bapa perlulah memilih bahan bacaan yang bersesuaian dengan umur dan kesan bahan bacaan kepada kanak-kanak. Bahan bacaan yang menunjukkan teladan mampu mendidik anak-anak berkenaan dengan sesuatu perkara.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Koleksi Buku Cerita Kanak-Kanak (Islamik & Bahasa Melayu) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat memberikan kesan baik kepada pembesaran kanak-kanak.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.