Buku Pelekat Murid Prasekolah (Belajar Huruf Secara Kreatif)

buku pelekat murid prasekolah (belajar mengenal huruf secara kreatif)

Buku Pelekat Murid Prasekolah (Belajar Huruf Secara Kreatif). Buku Pelekat ini membolehkan kanak-kanak untuk belajar melalui aktiviti mewarna dan menampal serta menghasilkan buku pelekat sendiri.

Proses pembelajaran yang dilakukan secara di rumah mahupun di sekolah perlulah kreatif dengan menggunakan beberapa kaedah seperti menggunakan kad imbasan dan sebagainya. Kad imbasan kebiasaannya digunakan untuk mengajarkan anak-anak bagi mengingati huruf atau nombor asas dengan lebih pantas. Manakala buku ini membenarkan mereka untuk mewarna dan mengenalpasti kategori yang bersesuaian untuk menampal pelekat.

Selain daripada melakukan aktiviti membaca dan menulis, ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan selain daripada membaca dan menulis. Bahan mengajar ini merupakan bahan yang santai dan sesuai untuk digunakan ketika waktu lapang dengan pengawasan ibu bapa atau guru kerana ia melibatkan penggunaan gunting dan gam pelekat.

Dapatkan “Buku Pelekat Murid Prasekolah (Belajar Huruf Secara Kreatif)” di sini


Di sini kami kongsikan bahan bantu mengajar yang boleh diberikan oleh para guru sebagai latihan kepada murid. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini bersama dengan anak-anak ketika mengajar mereka mengenai huruf-huruf. Aktiviti yang disediakan di dalam bahan ini adalah memerlukan pemerhatian dan bimbingan daripada guru dan ibu bapa kerana melibatkan penggunaan gunting untuk aktiviti menampal.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

  1. BUKU PELEKAT SAYA
  2. PELEKAT BERGAMBAR – 1
  3. PELEKAT BERGAMBAR – 2
  4. PELEKAT BERGAMBAR – 3

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Buku Pelekat Murid Prasekolah (Belajar Huruf Secara Kreatif) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu kanak-kanak belajar secara seronok bersama ibu bapa dan guru.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh guru dan ibu bapa kepada kanak-kanak prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmiĀ Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini seperti isu pendidikan, bantuan pelajaran dan pelbagai lagi informasi terkini yang bermanfaat kepada para guru, ibu bapa dan orang ramai.