Soalan Ujian Matematik Tingkatan 3

 

soalan ujian matematik tingkatan 3

Soalan Ujian Matematik Tingkatan 3. Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang sering dianggap sukar untuk dikuasai oleh pelajar sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Ia menjadi kerisauan kepada pelajar kerana matematik merupakan salah satu mata pelajaran menjadi keutamaan dalam mana-mana permohonan kemasukan sesuatu universiti. Jadi, jika pelajar tidak lulus dalam mata pelajaran ini, pasti sukar bagi pelajar untuk memohon menyambung pembelajaran ke mana-mana IPT.

Namun, terdapat pelbagai cara yang telah disyorkan oleh para guru cemerlang dan bekas pelajar SPM cemerlang. Antaranya adalah kerap melakukan ulangkaji setelah mempelajari sesuatu topik di dalam kelas. Lakukan latihan yang mempunyai pelbagai bentuk soalan seperti soalan objektif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Melalui latihan yang kerap dan pelbagai ini, pelajar akan mudah menjawab soalan sukar di dalam peperiksaan kerana sudah kerap berjumpa dengan soalan KBAT ketika melakukan latihan.

Dapatkan “Soalan Ujian Matematik Tingkatan 3” di sini


Di sini kami kongsikan soalan ujian bagi pelajar tingkatan 3 sebagai peperiksaan awal untuk menguji tahap penguasaan mereka. Ibu bapa dan guru boleh menggunakan bahan ini sebagai latihan ulangkaji pelajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Sumber bahan adalah daripada telegram nmathpt3bot. 

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

  1. ujian awal tahun matematik form 3
  2. 32 Mat Percubaan PT3 AKHIR 2019 + Jwp- Percuma

Kesimpulannya, pelajar perlulah menetapkan pandangan yang positif kepada mata pelajaran yang sukar untuk dikuasai. Pada masa yang sama, lakukan latihan dengan kerap sebagai ulangkaji kepada topik yang telah dipelajari di dalam kelas.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Soalan Ujian Matematik Tingkatan 3 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada pelajar dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini juga dapat membantu pelajar melakukan ulangkaji.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang berguna untuk murid sekolah menengah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman sesawang Sistem Guru Online. Di dalam laman sesawang ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa, isu pendidikan, iklan jawatan kosong dan pelbagai informasi berguna untuk orang ramai tidak mengira para guru, ibu bapa mahupun pelajar.