Soalan Latih Tubi Matematik Tambahan SPM Mengikut Topik

soalan latih tubi matematik tambahan spm

Soalan Latih Tubi Matematik Tambahan SPM Mengikut Topik. Koleksi soalan ini disusun mengikut topik dalam mata pelajaran Matematik Tambahan untuk memudahkan para pelajar melakukan ulangkaji mengikut topik yang dipilih.

Matematik Tambahan mempunyai lebih banyak formula pengiraan dan jalan kerjanya lebih rumit daripada Matematik biasa. Namun, jika pelajar mempunyai teknik pembelajaran yang tersendiri, mereka mampu menguasai mata pelajaran ini walaupun ramai yang mengatakan ia sukar.

Pelajar perlulah melakukan ulangkaji bagi mengingat kembali penerangan yang telah diberikan ketika di dalam kelas. Lalu, pelajar boleh menuliskan ke dalam nota persendirian sebagai rujukan. Selain itu, pelajar digalakkan untuk cuba melakukan soalan yang berkait dengan topik yang telah dipelajari. Perkara ini adalah bagi menguji kefahaman pelajar terhadapi sesebuah topik.

Bahan yang menyediakan latih tubi mengikut topik ini sangat bersesuaian untuk digunakan oleh pelajar bagi menguji sendiri tahap penguasaan mereka. Jika pelajar mendapati masih terdapat banyak kelemahan, pelajar perlulah merujuk kepada guru mata pelajaran untuk bimbingan.

Dapatkan “Soalan Latih Tubi Matematik Tambahan SPM Mengikut Topik” di sini


Di sini kami sediakan bahan latih tubi Matematik Tambahan yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar para guru ketika sesi pembelajaran. Ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai latihan tambahan anak-anak untuk mengulangkaji pembelajaran semasa berada di rumah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

  1. PERCUBAAN SPM MATEMATIK TAMBAHAN KERTAS 1
  2. PERCUBAAN SPM MATEMATIK TAMBAHAN KERTAS 2

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Soalan latih Tubi Matematik Tambahan SPM Mengikut Topik ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini memudahkan para pelajar untuk melakukan ulangkaji pelajaran.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh pelajar sekolah menengah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman sesawang Sistem Guru Online. Di dalam laman sesawang ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa, isu pendidikan, iklan jawatan kosong dan pelbagai informasi berguna untuk orang ramai tidak mengira para guru, ibu bapa mahupun pelajar.