Modul Matematik Awal Prasekolah

modul matematik awal prasekolah

Modul Matematik Awal Prasekolah yang dikongsikan ini adalah bagi membantu para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan bantu belajar yang sesuai untuk kanak-kanak prasekolah.

Sebagai persediaan awal untuk masuk ke alam prasekolah, ibu bapa haruslah memberikan pendedahan awal berkenaan mata pelajaran asas kepada anak-anak. Antara mata pelajaran asas adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Ibu bapa boleh memperkenalkan huruf-huruf, nombor-nombor yang mudah terlebih dahulu.

Modul ini sesuai untuk digunakan oleh para ibu bapa yang ingin memberikan pendidikan awal sebagai persediaan kanak-kanak memasuki prasekolah. Modul ini menekankan kepada asas matematik iaitu pengenalan nombor. Terdapat beberapa latihan mengira, latihan menyurih telah disediakan.

Latihan menyurih dapat membantu dalam kemahiran menulis anak-anak dan menghasilkan tulisan yang sempurna dan mudah untuk difahami.

Dapatkan “Modul Matematik Awal Prasekolah” di sini


Di sini kami sediakan bahan yang dapat membantu para guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar kepada murid-murid. Selain daripada para guru, ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan modul ini sebagai bahan belajar bersama-sama anak-anak di rumah. Sumber bahan adalah daripada telegram Guru Prasekolah yang disediakan oleh Cikgu Lechumi.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Matematik awal prasekolah

Terdapat pelbagai cara dalam memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak sebagai persediaan sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam prasekolah. Pendidikan awal yang diberikan dapat membantu mereka memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih mudah.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Matematik Awal Prasekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar modul ini juga dapat membantu murid prasekolah mengenali asas matematik seperti nombor, cara sebutan dan cara penulisan.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang sesuai untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmiĀ Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga ini menyediakan informasi terkini seperti isu-isu semasa, isu pendidikan, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi yang bermanfaat untuk guru, ibu bapa dan orang awam.