Modul Asas Lengkap Kenali Huruf Jawi (Huruf di Awal, Tengah dan Akhir)

modul asas lengkap kenali huruf jawi

Modul Asas Lengkap Kenali Huruf Jawi (Huruf di Awal, Tengah dan Akhir). Modul ini merupakan modul latihan bagi mengajar murid mengenai cara penulisan huruf jawi dalam setiap keadaan dalam sesuatu perkataan.

Pelbagai faedah yang boleh murid dapati jika menguasai penulisan jawi. Antaranya ialah, bagi orang Islam, ia dapat memudahkan mereka untuk membaca ayat-ayat di dalam Al-Quran. Selain itu, jawi juga digunakan secara meluas di negara-negara Islam seperti Indonesia, Malaysia dan sebagainya.

Jawi tidak semestinya digunakan dalam Bahasa Arab. Ia juga digunakan untuk menulis Bahasa Melayu. Jawi merupakan tulisan yang digunakan secara meluas ketika zaman penjajahan. Oleh itu, tidak salah jika Jawi masih dikekalkan sehingga sekarang.

Dapatkan “Modul Asas Lengkap Kenali Huruf Jawi (Huruf di Awal, Tengah dan Akhir)” di sini


Di sini kami kongsikan bahan yang boleh menjadi bahan bantu mengajar oleh para guru kepada murid mengenai huruf jawi. Ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai bahan pendidikan untuk anak-anak semasa berada di rumah. Sumber bahan adalah daripada Facebook jawikubest.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. MODUL BIJAK HURUF JAWI SET 1
  2. MODUL BIJAK HURUF JAWI SET 2
  3. MODUL BIJAK HURUF JAWI SET 3
  4. MODUL BIJAK HURUF JAWI SET 4

Belajar Jawi adalah sama seperti mempelajari bahasa lain iaitu mula dengan belajar mengenai huruf, cara sebutan dan lain-lain. Ia memerlukan latihan yang kerap dan ulangkaji agar murid dapat memahami dan menguasai Jawi dengan mudah.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Asas Lengkap Kenali Huruf Jawi (Huruf di Awal, Tengah dan Akhir) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu kanak-kanak menguasai Jawi dengan mudah.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang sesuai untuk digunakan kepada murid prasekolah dan sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan samada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini seperti isu pendidikan, bantuan pelajaran dan pelbagai lagi informasi terkini yang bermanfaat kepada para guru, ibu bapa dan orang ramai.