Lembaran Mari Membaca Sesuai untuk Murid Pemulihan dan Sekolah Rendah

lembaran mari membaca

Lembaran Mari Membaca Sesuai untuk Murid Pemulihan dan Sekolah Rendah. Bahan ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar oleh para guru kepada murid-murid.

Ibu bapa perlulah memupuk minat membaca dalam diri anak-anak di awal usia mereka lagi. Beberapa cara boleh diaplikasikan dalam menggalakkan mereka untuk membaca. Antaranya ialah:

  1. Menyediakan bahan bacaan yang menarik untuk anak-anak.
  2. Ibu bapa perlulah menjadi role model untuk mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah memperbanyakkan membaca agar mereka mencontohi perbuatan ibu bapa.
  3. Mulakan pembacaan kepada anak-anak semasa mereka masih bayi. Walaupun di usia ini mereka masih belum dapat memahami apa-apa, mereka masih boleh mendengar apa yang dibacakan oleh ibu bapa.

Membaca memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada sesiapa yang melakukannya. Antara manfaatnya ialah pembaca dapat memperkaya pengetahuan dan pemahaman umum serta dapat menambah perbendaharaan kata. Ia memudahkan murid untuk menulis karangan tidak mengira di dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.

Membaca juga dapat melatih fokus dan konsentrasi ketika belajar. Semasa membaca, pembaca perlulah menumpukan perhatian kepada setiap perkataan bagi memastikan pembaca memahami fokus utama sesuatu pembacaan.

Dapatkan “Lembaran Mari Membaca Sesuai untuk Murid Pemulihan dan Sekolah Rendah” di sini


Di sini kami sediakan bahan yang sesuai untuk mengajar murid membaca dan sesuai untuk menjadi bahan bantu mengajar murid pemulihan. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai bahan bacaan semasa di rumah bersama-sama anak-anak. Sumber bahan adalah daripada telegram SENI KREATIF. 

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : MARI MEMBACA

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Mari Membaca Sesuai untuk Murid Pemulihan dan Sekolah Rendah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu menggalakkan minat murid untuk membaca.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang sesuai untuk diberikan kepada murid sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid samaada prasekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa seperti isu pendidikan, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi bermanfaat untuk para guru, ibu bapa dan orang awam.