Lembaran Aktiviti Menyambung Lukisan (Trace The Dots)

lembaran aktiviti menyambung lukisan

Lembaran Aktiviti Menyambung Lukisan (Trace The Dots). Aktiviti menyambung lukisan ini memerlukan kanak-kanak untuk mengikuti setiap titik dan menghasilkan lukisan haiwan yang sempurna.

Kanak-kanak tidak dapat merasai dan meneroka dunia luar untuk sementara waktu ini. Oleh itu, ibu bapa perlulah menjadi sekolah, taman permainan kepada mereka. Permainan yang diberikan pula perlulah mempunyai unsur pendidikan agar mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Aktiviti seperti ini boleh dilakukan jika kanak-kanak telah kerap melakukan aktiviti mewarna. Ibu bapa perlulah mempelbagaikan aktiviti dan bahan yang boleh kanak-kanak lakukan ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan ketika ini.

Selain daripada aktiviti menyambung lukisan dan mewarna, ibu bapa juga boleh memberikan kanak-kanak untuk bermain dengan tanah liat (playdoh).

Dapatkan “Lembaran Aktiviti Menyambung Lukisan (Trace The Dots)” di sini


Di sini kami kongsikan lembaran aktiviti yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan pendidikan kepada murid prasekolah ketika sesi PdP mahupun PdPr. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai bahan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah.

Sila maut turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Trace the Dots Animals

Kesimpulannya, ibu bapa perlulah menggunakan kemudahan internet pada hari ini untuk membekalkan anak-anak dengan bahan pendidikan walaupun tidak menghadiri kelas secara bersemuka seperti dahulu. Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat membantu dalam perkembangan fizikal dan mental mereka.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Aktiviti Menyambung Lukisan (Trace The Dots) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu mengisi masa lapang kanak-kanak dengan perkara yang dapat memberikan manfaat kepada tumbesaran mereka.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmiĀ Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini seperti isu pendidikan, bantuan pelajaran dan pelbagai lagi informasi terkini yang bermanfaat kepada para guru, ibu bapa dan orang ramai.