Lembaran Aktiviti Menarik untuk Kanak-kanak (Lukisan Simetri & Topeng Muka)

lembaran aktiviti menarik kanak-kanak

Lembaran Aktiviti Menarik untuk Kanak-kanak (Lukisan Simetri & Topeng Muka). Bahan ini sesuai diberikan kepada murid prasekolah sebagai bahan bantu mengajar mahupun sebagai aktiviti yang boleh dilakukan ketika waktu lapang bersama ibu bapa.

Di dalam bahan ini mempunyai dua aktiviti iaitu aktiviti melengkapkan lukisan simetri bagi setiap objek yang diberikan. Aktiviti lain adalah aktiviti mewarna dan menggunting topeng muka mengikut kreativiti kanak-kanak. Apabila kanak-kanak selesai melengkapkan lukisan, mereka boleh mewarna objek mengikut kemahuan mereka.

Penglibatan aktiviti di dalam bahan ini mampu merangsang kemahiran motor halus kanak-kanak melalui aktiviti melukis, mewarna dan menggunting. Ia mampu menguatkan pergerakan otot kecil mereka dan membantu dalam aktiviti harian mereka.

Dapatkan “Lembaran Aktiviti Menarik untuk Kanak-kanak (Lukisan Simetri & Topeng Muka)” di sini


Di sini kami kongsikan bahan bantu mengajar yang boleh diberikan kepada kanak-kanak prasekolah. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah. Sumber bahan adalah daripada telegram SENI KREATIF, oleh Cikgu Sue.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : AKTIVITI MENARIK KANAK-KANAK (LUKISAN SIMETRI & TOPENG)

Selain daripada aktiviti menggunting dan melukis, terdapat pelbagai aktiviti lain yang boleh meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak. Antaranya ialah aktiviti mewarna, bermain dengan tanah liat dan sebagainya.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Aktiviti Menarik untuk Kanak-kanak (Lukisan Simetri & Topeng Muka) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan bahan ini dapat mengisi waktu terluang anak-anak dengan perkara yang berfaedah.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan samada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmiĀ Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini seperti isu pendidikan, bantuan pelajaran dan pelbagai lagi informasi terkini yang bermanfaat kepada para guru, ibu bapa dan orang ramai.