Kenali Huruf Melalui Aktiviti Mewarna dan Menggunting

kenali huruf melalui aktiviti mewarna dan menggunting

Kenali Huruf Melalui Aktiviti Mewarna dan Menggunting. Fokus utama bahan ini adalah memperkenalkan murid mengenai huruf-huruf dan contoh perkataan yang menggunakan sesuatu huruf.

Aktiviti di dalam bahan ini melibatkan penggunaan gunting. Oleh itu, ibu bapa perlulah bersama dengan anak-anak sebagai langkah keselamatan. Selain daripada meningkatkan kemahiran motor halus mereka, aktiviti ini juga membantu dalam meningkatkan fokus mereka semasa menggunting dan mencari huruf berdasarkan soalan yang diberikan.

Bahan ini juga membenarkan anak-anak untuk mewarna haiwan atau objek yang dijadikan contoh huruf. Ia dapat membantu dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka dalam mewarna kerana penggunaan warna yang pelbagai dapat merangsang minda mereka dalam menghasilkan karya yang cantik.

Dapatkan “Kenali Huruf Melalui Aktiviti Mewarna dan Menggunting” di sini


Di sini kami kongsikan lembaran kenali ABC yang sesuai untuk murid prasekolah sebagai bahan bantu mengajar oleh guru-guru. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini dalam mendidik anak-anak semasa berada di rumah. Sumber bahan adalah daripada telegram Sharing & Collection BBM HH EduKids. 

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Practice ABC in fun ways

Selain daripada aktiviti menggunting, mewarna dan menampal, ibu bapa juga boleh menghasilkan sendiri playdoh yang boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk bermain. Perhatikan anak-anak semasa bermain dengan playdoh kerana mereka akan menghasilkan pelbagai objek melalui imaginasi mereka.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Kenali Huruf Melalui Aktiviti Mewarna dan Menggunting ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang menarik untuk murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid mempelajari huruf-huruf dengan mudah.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh diberikan kepada murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan samada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini seperti isu pendidikan, bantuan pelajaran dan pelbagai lagi informasi terkini yang bermanfaat kepada para guru, ibu bapa dan orang ramai.