Nota Ringkas Masa dan Waktu Tahun 2

nota ringkas masa dan waktu tahun 2

Nota Ringkas Masa dan Waktu Tahun 2 ini sesuai untuk dijadikan sebagai nota pengajaran kepada murid tahun 2 dalam mendalami cara membaca waktu.

Di dalam nota pada kali ini, mendedahkan kepada murid-murid berkenaan pembacaan minit-minit di dalam jam. Jika di dalam nota tahun 1 yang pernah dikongsikan dahulu, lebih mengutamakan kepada jarum panjang dan jarum pendek serta belajar berkenaan dengan setengah dan suku minit.

Unit pertukaran jam kepada minit juga disediakan di dalam nota ini. Mempelajari cara pembacaan akan menjadi sukar kepada seseorang murid. Dengan melakukan latihan yang kerap serta mengaplikasikan pembacaan kepada jam yang sebenar, akan memudahkan seseorang untuk menguasai topik ini.

Masa dan waktu merupakan salah satu topik penting dalam mata pelajaran Matematik Sekolah Rendah. Selain daripada peranan guru dalam memastikan murid memahami topik ini, ibu bapa juga perlulah memainkan peranan dalam membantu anak-anak menguasai setiap topik dalam setiap mata pelajaran.

Dapatkan “Nota Ringkas Masa dan Waktu Tahun 2” di sini


Di sini kami sediakan nota berkenaan dengan masa bagi murid tahun 2 yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar oleh para guru. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai nota ulangkaji anak-anak ketika di rumah. Sumber bahan adalah daripada telegram CIKGU SKMZ.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : MASA DAN WAKTU (TAHUN 2)

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Nota Ringkas Masa dan Waktu Tahun 2 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid dalam mata pelajaran Matematik dengan mudah.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan untuk murid sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan samada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa seperti isu pendidikan, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi bermanfaat untuk ibu bapa, guru dan orang ramai.