Nota Revisi Ringkas Sejarah Tingkatan 3

nota revisi ringkas sejarah tingkatan 3

Nota Revisi Ringkas Sejarah Tingkatan 3 ini sesuai sebagai bahan ulangkaji pelajar kerana mempunyai nota ringkas dan padat untuk setiap bab di dalam mata pelajaran.

Mata pelajaran Sejarah merupakan salah satu mata pelajaran wajib lulus bagi setiap peperiksaan di Malaysia. Ramai pelajar yang gagal dalam mata pelajaran ini kerana sukar untuk memahami dan tidak tahu kaedah untuk kuasai Sejarah dengan berkesan.

Pelajar sering berasa bosan untuk membaca, memahami dan mengingati fakta di dalam mata pelajaran Sejarah. Disebabkan punca-punca inilah yang menyebabkan mereka gagal atau sering mendapatkan gred yang kurang baik di dalam setiap peperiksaan.

Terdapat banyak kaedah dan cara yang dikongsikan di atas talian dalam menguasai Sejarah. Antaranya ialah:

  1. Mengamalkan Teknik Mengingati Fakta Mata Pelajaran Sejarah yang dikongsikan oleh Cikgu Zambri Talib. Menurut beliau, untuk memudahkan pelajar mengingati fakta-fakta, pelajar boleh membiasakan diri dengan mencipta beberapa akronim untuk memudahkan mereka mengingati fakta sejarah.

Contoh soalan: Apakah Cir-ciri Tamadun Hwang Ho?
P – Pertanian/Pentadbiran
A – Anyang (Bandar)
T – Tembok (Bandar dikelilingi tembok)
I – Istana

Dapatkan “Nota Revisi Ringkas Sejarah Tingkatan 3” di sini


Di sini kami kongsikan nota yang boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar para guru kepada pelajar tingkatan 3. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan nota ini sebagai nota ulangkaji anak-anak ketika di rumah. Sumber bahan daripada telegram Chekgu Anas Shares. 

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : NOTA REVISI SEJARAH F3 CHEKGU ANAS

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Nota Revisi Ringkas Sejarah Tingkatan 3 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada pelajar dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar bahan ini dapat memudakan dan membantu pelajar mengulangkaji pelajaran.

Pada perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan untuk pelajar sekolah menengah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman sesawang Sistem Guru Online. Di dalam laman sesawang ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa, isu pendidikan, iklan jawatan kosong dan pelbagai informasi berguna untuk orang ramai tidak mengira para guru, ibu bapa mahupun pelajar.