Nota Matematik Sekolah Rendah: Menentukan Perimeter Gabungan Dua Poligon

nota matematik: perimeter bagi dua poligon

Nota Matematik Sekolah Rendah: Perimeter Gabungan Dua Poligon ini sesuai untuk dijadikan sebagai nota tambahan kepada murid sekolah rendah bagi memahami konsep perimeter.

Perimeter ialah ukuran panjang sekeliling sesuatu objek, kawasan, atau rajah. Ia berasal daripada perkataan Greek peri yang bermaksud keliling dan hitung. Perimeter boleh digunakan samaada untuk laluan atau panjang. Pada masa yang sama, ia boleh dianggap sebagai panjang ukur lilit bagi sesuatu bentuk dan perimeter bagi bulatan dipanggil juga sebagai lilitan.

Apabila terdapat soalan yang menunjukkan gabungan dua poligon, murid akan mengalami kekeliruan untuk mengira semua sisi luar. Nota ini akan sedikit sebanyak membantu murid dalam menyelesaikan soalan Matematik.

Di dalam perkongsian ini, kami juga menyediakan beberapa tips yang boleh dilakukan oleh murid-murid dalam usaha menguasai mata pelajaran Matematik. Antaranya ialah:

  1. Murid digalakkan untuk menguasai sifir dalam Matematik. Sifir merupakan jantung kepada matematik dan jika murid ingin menjawab soalan dengan mudah, murid perlulah menghafal sifir dengan sempurna.
  2. Lakukan latihan pada setiap hari bagi memahirkan murid menjawab pelbagai bentuk soalan yang terdapat di dalam peperiksaan samaada objektif mahupun subjektif.
  3. Banyakkan menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menjadikan murid biasa dengan soalan yang memerlukan kemahiran berfikir.

Dapatkan “Nota Matematik Sekolah Rendah: Perimeter Gabungan Dua Poligon. ” di sini


Di sini kami kongsikan nota matematik yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan nota ini sebagai nota tambahan anak-anak sekolah rendah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Nota Matematik – Perimeter

Diharapkan agar perkongsian mengenai Nota Matematik Sekolah Rendah: Perimeter bagi Dua Poligon ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan bantu mengajar kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, kami juga berharap agar perkongsian ini dapat membantu murid menguasai mata pelajaran Matematik dengan lebih baik.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini mengenai isu semasa dan lebih banyak lagi bahan pendidikan seperti di atas.