Bahasa Melayu Sekolah Rendah: Nota dan Latihan Kata Penegas

bahasa melayu sekolah rendah kata penegas

Bahasa Melayu Sekolah Rendah: Nota dan Latihan Kata Penegas. Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk menguatkan atau menegaskan ayat.

Kata Penegas merupakan salah satu elemen dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh para pelajar,

Kata Penegas terbahagi kepada dua jenis iaitu kata penegas bercantum dan kata penegas berasingan. Kata Penegas bercantum ialah kata yang dicantumkan dengan perkataan. Misalnya, diakah/ apakah/ janganlah. Frasa yang menerima partikel -kah, -lah, atau -tah perlu dibawa ke depan dalam ayat dan tidak boleh berada di akhir ayat.

Contoh ayat:
Kamukah yang menangis tadi? 

Kata Penegas berasingan ialah kata yang diasingkan daripada perkataan. Juga, sahaja dan lagi tidak boleh diletakkan di hadapan frasa yang menjadi predikat ayat.

Contoh ayat:
Dia seorang sahaja yang belum makan. 

Dapatkan “Bahasa Melayu Sekolah Rendah: Nota dan Latihan Kata Penegas” di sini


Di sini kami sediakan nota dan latihan mengenai kata penegas yang sesuai dijadikan sebagai bahan bantu mengajar oleh para guru. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai nota dan latihan tambahan kepada anak-anak semasa berada di rumah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : KATA PENEGAS

Kesimpulannya, bahasa melayu mempunyai pelbagai elemen tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Umumnya Bahasa Melayu dianggap mudah dan ramai pelajar tidak mendalami Bahasa Melayu dengan sempurna. Bahasa Melayu dipenuhi dengan elemen kesopanan dan kesantunan. Inilah nilai Bahasa Melayu yang tidak ternilai.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Bahasa Melayu Sekolah Rendah: Nota dan Latihan Kata Penegas ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar bahan ini dapat membantu murid menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan untuk murid sekolah rendah. Antaranya ialah:

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu-isu semasa dan pelbagai lagi bahan pendidikan untuk guru, ibu bapa dan murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.