Nota Asas Penggunaan Abakus yang Berguna untuk Murid Sekolah

nota asas penggunaan abakus

Nota Asas Penggunaan Abakus yang Berguna untuk Murid Sekolah ini adalah bagi memberikan panduan bagi kanak-kanak yang baru mempelajari menggunakan alat pengiraan tradisional.

Sempoa atau dikenali sebagai Abakus merupakan alat pengiraan untuk melakukan proses-proses aritmetik. Umumnya ia terdiri daripada sebuah rangka kayu bersama manik-manik yang menggelongsor pada batang kecil di dalam rangkanya.

Antara kelebihan menggunakan abakus ialah:

  1. Ketika menggunakan abakus, semua deria utama digunakan dan hal ini membantu dalam meningkatkan penumpuan murid.
  2. Kedua-dua bahagian otak iaitu otak kanan dan kiri menjadi aktif apabila menggunakan abakus. Otak kanan mengingati corak dan imej abakus dan otak kiri mengira secara di dalam minda.
  3. Pengiraan juga menjadi lebih pantas dan dapat menyelesaikan banyak masalah.
  4. Jika pelajar telah menggunakan abakus dalam tempoh yang lama, ia dapat membina kebolehan mengira secara pantas dan dapat mengelakkan kesilapan.

Dapatkan “Nota Asas Penggunaan Abakus yang Berguna untuk Murid Sekolah” di sini


Di sini kami kongsikan nota tambahan yang boleh digunakan oleh para guru semasa sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Pada masa yang sama, ibu bapa boleh menggunakan bahan ini sebagai menambah pengetahuan anak-anak mengenai cara menggunakan abakus.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : ASAS ABAKUS

Kesimpulannya, abakus memberikan pelbagai kelebihan kepada sesiapa yang mempelajarinya. Kini, penggunaan abakus diketepikan kerana telah mempunyai mesin kira-kira yang lebih mudah dan tepat. Abakus perlulah sentiasa digunakan agar dapat merangsang minda kanak-kanak ketika menggunakan alat tersebut.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Nota Asas Penggunaan Abakus yang Berguna untuk Murid Sekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam memberikan bahan pendidikan yang berguna untuk murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, kami juga berharap agar bahan ini dapat menambah pengetahuan kepada anak-anak mengenai cara mengira selain daripada menggunakan mesin kira-kira (kalkulator).

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang mampu membantu murid dalam mata pelajaran Matematik. Antaranya ialah:

Bagi mendapatkan informasi terkini mengenai isu-isu semasa dan pelbagai lagi bahan pendidikan yang berguna untuk para guru, ibu bapa dan murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.