Modul Murid Pandai Mengeja dan Menulis Suku Kata

modul pandai mengeja dan menulis suku kata

Modul Murid Pandai Mengeja dan Menulis Suku Kata ini mengajarkan kanak-kanak untuk membaca menggunakan latihan yang mudah difahami dan dilakukan oleh mereka.

Bagi mengajarkan kanak-kanak untuk pandai membaca, ibu bapa dan guru haruslah mengajarkan mereka untuk mengeja suku kata terlebih dahulu. Ibu bapa perlulah memahami pola suku kata yang berbeza terlebih dahulu. Antaranya ialah:

  1. KV+KV : BO+LA (BOLA, KAKI, MATA)
  2. KV+KV+KV : KE+LA+PA (KELAPA, KERUSI)
  3. V+KV : U+BI (UBI, IBU, API)
  4. KVK : B+A+S (BAS, JEM, CAT)
  5. VKVK : A+Y+A+M (AYAM, IKAN, UBAT)
  6. KV+KVK : BA+YAM (BAYAM, BAKUL)
  7. KVK+KV : LAM+PU (LAMPU, BALDI)
  8. KVK+KVK : CIN+CIN (CINCIN, BANTAL, RUMPUT)

Setelah anak-anak mengenal suku akta, ibu bapa boleh menggunakan pelbagai latihan yang berbeza untuk mengenali perkataan mengikut bola suku kata yang diajar.

Dapatkan “Modul Murid Pandai Mengeja dan Menulis Suku Kata” di sini


Di sini kami menyediakan bahan yang dapat digunakan oleh para guru sebagai modul mengajar kanak-kanak untuk membaca dan menulis. Ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai bahan mengajar anak-anak semasa berada di rumah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Eja & Tulis Suku Kata KV

Kesimpulannya, bahan yang dikongsikan ini mampu membantu kanak-kanak prasekolah untuk belajar membaca dengan mengeja mengikut suku kata. Pada masa yang sama, modul ini juga membantu murid untuk menulis abjad dan membentuk sebuah perkataan yang sempurna.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Murid Pandai Mengeja dan Menulis Suku Kata ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar bahan ini dapat membantu kanak-kanak untuk membaca dan menulis dengan lebih baik.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang bermanfaat untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi para guru dan ibu bapa yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga disediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa, bantuan pendidikan, bantuan-bantuan kerajaan dan sebagainya.