Modul Menarik Mengenali Wang Malaysia

modul menarik mengenali wang malaysia

Modul Menarik Mengenali Wang Malaysia ini sesuai untuk digunakan oleh guru-guru bagi mendedahkan kepada murid prasekolah bagi mengenali jenis-jenis wang Malaysia.

Mengenali wang Malaysia adalah salah satu cara bagi murid prasekolah bagi mengaplikasikan pengiraan asas Matematik dalam kehidupan. Satu kajian pada tahun 2013 oleh Universiti Cambridge menunjukkan bahawa kanak-kanak telah bersedia untuk mempelajari kewangan 5 tahun 7 tahun. Pada usia ini, kanak-kanak akan memppelajari daripada cara ibu bapa melakukan perbelanjaan dalam kehidupan seharian.

Jadi, ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting dalam mendidik anak-anak untuk celik kewangan dan juga sebagai contoh yang baik kepada mereka. Salah satu cara bagi anak-anak belajar adalah belajar melalui permainan, aktiviti dan pengalaman praktikal. Walaupun sekolah mengamalkan pendidikan holistik, ibu bapa perlulah mencari kaedah bagi menjadikan proses pembelajaran di rumah adalah menyeronokkan bagi kanak-kanak.

Pembelajaran terbaik buat kanak-kanak ialah melalui aplikasi harian dan mempercayai kanak-kanak untuk bertanggungjawab dalam menguruskan wang. Di sini kami senaraikan beberapa aktiviti yang mudah dan permainan yang boleh dilakukan bersama-sama dengan anak-anak:

  1. Melakukan aktiviti beli-belah dengan cara melihat kepada harga yang berlainan bagi item yang sama dan minta anak-anak untuk membandingkan nilai yang berbeza ini. Berikan tanggungjawab kepada anak-anak untuk melakukan pembayaran dan kira baki supaya mereka dapat mengalami pengalaman yang sendiri.
  2. Berikan tabung simpanan sendiri kerana ini merupakan alat pengajaran yang terbaik untuk menunjukkan kepada anak-anak bagaimana untuk menyimpan wang supaya bertambah.

Dapatkan “Modul Menarik Mengenali Wang Malaysia ” di sini


Di sini kami kongsikan modul yang boleh digunakan oleh para guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar kepada murid prasekolah. Ibu bapa turut boleh menggunakan bahan ini sebagai bahan mengajar kepada anak-anak dalam mengenali wang Malaysia.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : MENGENALI WANG MALAYSIA

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Menarik Mengenali Wang Malaysia ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam memberikan bahan pendidikan yang bermanfaat kepada murid dan anak-anak.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan lain seperti:

Bagi mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa dan pelbagai lagi bahan pendidikan, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.