Modul Jawi – Belajar Asas Nombor dan Huruf Jawi

modul jawi

Modul Jawi – Belajar Asas Nombor dan Huruf Jawi ini sesuai untuk digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar murid untuk menulis huruf dan nombor dalam jawi.

Tulisan jawi semakin kehilangan pengaruh berkaitan dengan perkembangan tulisan Rumi. Bagi masyarakat Islam, kepentingan tulisan Jawi telah dibiasakan dengan kewajipan mempelajari ilmu agama yang dituntut ke atas setiap penganutnya. Tetapi keistimewaan tulisa Jawi membuatkan ia mampu menarik pengikut dan penggemar dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

Tulisan jawi mempunyai pelbagai kebaikan dan fungsinya tersendiri. Antaranya ialah:

  1. Tulisan Jawi sebagai medium asas pengajaran Pendidikan Islam.
    – Ia merupakan abjad-abjad yang telah diubah suai dari huruf-huruf Arab.Misalnya huruf Ga dan Cha. Kebanyakkan huruf-huruf yang diubah adalah mengikut kesusaian lidah orang Melayu bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia. Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam.
  2. Menguasai Cabang-cabang Ilmu Dalam Bidang Pendidikan Islam
    – Banyak khazanah intelektual masyarakat lama disimpan, didokumentasikan, dan ditulis dalam tulisan jawi. malah, terdapat pemindahan budaya dan pengetahuan dari negara Islam, terutamanya negara Arab seperti kesusasteraan, ilmu sains, ilmu astronomi, ilmu agama dan ilmu matematik yang diterjemahkan ke dalam tulisan Jawi yang mempelopori kemajuan dan inovasi budaya masyarakat Asia dan Asia Tenggara.

Dapatkan “Modul Jawi – Belajar Asas Nombor dan Huruf Jawi” di sini


Di sini kami sediakan modul bagi murid untuk mempelajari jawi. Ibu bapa dan para guru boleh menggunakan bahan ini dengan mencetak bahan dan berikan kepada murid dan anak-anak. Bahan ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak ketika masa lapang.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Modul Jawi

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Jawi – Belajar Asas Nombor dan Huruf Jawi ini dapat membantu para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar modul ini dapat membantu murid mempelajari Jawi dengan mudah.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang menarik untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk semua peringkat sekolah (prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah), boleh layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Selain daripada bahan pendidikan, kami juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi berguna untuk orang awam.