Modul Baca dan Salin Semula (KVKV) untuk Murid Prasekolah

modul baca dan salin semula (kvkv)

Modul Baca dan Salin Semula (KVKV) untuk Murid Prasekolah ini sesuai bagi mengajar kanak-kanak untuk membaca melalui suku kata serta meningkatkan kemahiran menulis mereka.

Modul ini menggalakkan kanak-kanak untuk membaca serta menyalin semula perkataan-perkataan di atasnya. Selain daripada berfokuskan kepada pembacaan, modul ini juga membantu meningkatkan kemahiran menulis kanak-kanak. Aktiviti menulis, mewarna dapat membantu dalam menguatkan motor halus mereka.

Motor halus kanak-kanak berperanan dalam menguatkan genggaman tangan dan pergerakan anggota yang kecil. Antara aktiviti lain yang boleh meningkatkan kemahiran motor halus mereka adalah bermain dengan tanah liat (playdoh), membuat biskut dengan pantauan ibu bapa, dan sebagainya.

Dapatkan “Modul Baca dan Salin Semula (KVKV) untuk Murid Prasekolah” di sini


Di sini kami sediakan bahan untuk murid prasekolah dalam mengajarkan mereka untuk membaca dan menulis. Selain daripada guru-guru, ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai latihan tambahan ketika di waktu lapang. Sumber bahan adalah daripada telegram Brainy Smart NUR, Zafirah Khalid. 

Sila muat turun bahan melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Baca & Salin Semula (KVKV)

Kesimpulannya, ibu bapa perlulah menjadi kreatif dalam memainkan peranan guru kepada anak-anak ketika tempoh PDPR ini. Ibu bapa juga boleh merujuk kepada internet bagi mendapatkan idea dalam menghasilkan alat bantu belajar yang menarik serta mampu memberikan menfaat kepada pendidikan anak-anak.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Baca dan Salin Semula (KV+KV) untuk Murid Prasekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan untuk murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar modul ini dapat membantu kanak-kanak dalam proses membaca mereka.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang sesuai untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid samada di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman sesawang rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman sesawang ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa seperti isu pendidikan, iklan jawatan kosong, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi bermanfaat untuk murid, para guru, ibu bapa dan orang ramai.