Modul Asas Cekap Matematik Operasi Darab Sekolah Rendah

modul asas cekap matematik operasi darab

Modul Asas Cekap Matematik Operasi Darab Sekolah Rendah ini boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan mengajar dalam memperkenalkan operasi darab kepada murid-murid.

Operasi asas Matematik ialah operasi tambah, tolak, darab dan operasi bahagi. Umumnya, operasi tambah dan tolak dianggap mudah manakala operasi darab dan bahagi dianggap sukar. Hal ini adalah kerana operasi darab dan bahagi menggunakan sifir di dalam setiap operasinya. Murid perlulah menghafal dan menguasai sifir bagi memudahkan mereka dalam menjawab soalan berkaitan dengan dua operasi ini.

Latihan yang kerap dapat membantu murid dalam memahami corak atau konsep sesuatu operasi dijalankan. Selain itu, murid perlulah fokus semasa guru memberikan penerangan di dalam kelas agar tidak ketinggalan di dalam mata pelajaran. Jika terdapat kekeliruan ketika melakukan latihan, diminta agar murid segera berjumpa dengan guru-guru atau meminta pertolongan ibu bapa supaya persoalan dapat diselesaikan dan tidak ditinggalkan begitu sahaja.

Dapatkan “Modul Asas Cekap Matematik Operasi Darab Sekolah Rendah” di sini


Di sini kami sediakan modul latihan matematik yang dapat digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar kepada murid. Ibu bapa juga digalakkan menggunakan bahan ini dan mencetaknya sebagai aktiviti dan latihan tambahan kepada anak-anak semasa di rumah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : MODUL MANTAP DARAB

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Asas Cekap Matematik Operasi Darab Sekolah Rendah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam membekalkan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar modul ini dapat membantu murid menguasai operasi darab dengan mudah.

Pada perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh murid sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga dibekalkan informasi terkini mengenai isu-isu semasa mengenai pendidikan, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi berguna untuk orang ramai.