Lembaran Kerja Prasekolah: Mengenali Huruf Vokal

lembaran kerja prasekolah: mengenali huruf vokal

Lembaran Kerja Prasekolah: Mengenali Huruf Vokal. Bahan ini sesuai digunakan oleh para guru mahupun ibu bapa untuk mengajarkan kepada kanak-kanak mengenai huruf vokal.

Asas bagi kanak-kanak untuk mula membaca adalah dengan mengenali terlebih dahulu huruf-hurufnya. Huruf mempunyai dua jenis iaitu huruf konsonan dan huruf vokal. Huruf vokal ialah huruf a, e, i, o dan u. Manakala huruf konsonan ialah huruf selain daripada huruf vokal iaitu huruf k, l, m dan sebagainya.

Apabila kanak-kanak telah mengenali huruf dengan sebaiknya, ibu bapa boleh mengajar mereka untuk membaca. Mulakan dengan membaca suku kata yang mudah. Setelah mereka mahir mengeja dan membaca suku kata, ajarkan mereka untuk membaca perkataan KV+KV seperti BO LA, KA KI dan sebagainya.

Galakkan anak-anak untuk membaca dengan memberikan bahan bacaan yang menarik. Misalnya, jika mereka menyukai cerita kartun haiwan, berikan bahan bacaan mengenai kisah-kisah teladan berkaitan dengan haiwan. Perkara ini akan mengalakkan mereka untuk membaca pada setiap hari.

Dapatkan “Lembaran Kerja Prasekolah: Mengenali Huruf Vokal” di sini


Di sini kami sediakan lembaran kerja yang sesuai untuk digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar untuk murid prasekolah. Ibu bapa juga sesuai untuk menggunakan bahan ini sebagai bahan mengajar anak-anak semasa cuti sekolah atau di rumah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Huruf Vokal

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Kerja Prasekolah: Mengenali Huruf Vokal ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang bermanfaat kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar bahan ini dapat membantu kanak-kanak mengenali asas huruf dengan baik.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan bagi murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu semasa, bantuan kerajaan, bantuan pendidikan dan pelbagai lagi informasi berguna untuk orang awam.