Lembaran Aktiviti Menarik 5 Minit Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

lembaran aktiviti menarik 5 minit bahasa inggeris

Lembaran Aktiviti Menarik 5 Minit Bahasa Inggeris Sekolah Rendah ini merupakan bahan menarik bagi menguji tahap kepantasan murid dalam memikirkan objek/perbuatan dalam Bahasa Inggeris mengikut kategori yang telah disediakan.

Bahan ini sesuai untuk murid yang telah menguasai kosa kata yang banyak dan boleh juga digunakan oleh murid yang ingin menambahkan kosa kata Bahasa Inggeris mereka. Setiap kategori memerlukan murid untuk menyatakan 3 objek atau perbuatan dalam masa 5 minit. Perkara ini dapat membuktikan sejauh mana seseorang murid itu mempunyai kosa kata.

Kosa kata merupakan elemen penting dalam setiap pembelajaran bahasa. Ia membantu dalam penulisan karangan atau semasa berkomunikasi. Jika murid tidak menguasai kosa kata yang banyak, ia akan memudaratkan penulisan karangan serta menjejaskan prestasi peperiksaan.

Antara cara yang boleh menambahkan kosa kata kepada murid adalah dengan memperbanyakkan bahan bacaan Bahasa Inggeris, bermain teka silang kata dan sebagainya.

Dapatkan “Lembaran Aktiviti Menarik 5 Minit Bahasa Inggeris Sekolah Rendah” di sini


Di sini kami sediakan bahan aktiviti yang boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar yang menarik bersama-sama dengan murid. Ibu bapa juga boleh mencetak bahan ini dan jadikan sebagai bahan aktiviti bersama anak-anak. Sumber bahan adalah daripada telegram Nota Bahasa Inggeris.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 5 Minutes

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Aktiviti Menarik 5 Minit Bahasa Inggeris Sekolah Rendah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar bahan ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari Bahasa Inggeris.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang menarik untuk murid sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman sesawang Sistem Guru Online. Di dalam laman sesawang ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa seperti isu pendidikan, bantuan kerajaan dan banyak lagi informasi bermanfaat untuk para guru, ibu bapa dan orang awam.