Latih Tubi Operasi Asas Matematik (Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi)

latih tubi operasi asas matematik

Latih Tubi Operasi Asas Matematik (Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi) ini dikongsikan bagi memberikan latihan tambahan mengenai operasi asas Matematik kepada murid sekolah rendah.

Operasi asas Matematik ialah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kebiasaannya operasi tambah dan tolaj dianggap mudah manakala operasi darab dan bahagi dianggap sukar bagi murid. Operasi darab dan bahagi akan sentiasa melibatkan sifir di dalam setiap operasi. Sifir merupakan jantung kepada Matematik. Jadi, murid perlulah menguasai sifir dalam usaha untuk menguasai semua operasi asas Matematik.

Ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam memberikan pendidikan yang mencukupi dan tidak hanya mengharapkan para guru di sekolah sahaja. Terdapat pelabagi faktor di mana anak-anak tidak dapat menguasai matematik. Antaranya ialah:

  1. Tiada pendedahan awal. Kebanyakkan murid yang gagal kuasai Matematik adalah mereka yang tidak diperkenalkan dengan nombor, atau asas mengira dengan baik sebelum memasuki tadika atau ke sekolah.
  2. Tidak menghafal sifir. Soalan darab dan bahagi akan menggunakan sifir secara keseluruhan dalam setiap soalannya.
  3. Terlalu banyak bergantung kepada mesin kalkulator. Murid digalakkan untuk mencongak soalan matematik menggunakan minda sendiri dan tidak bergantung kepada mesin kira-kira ini.
  4. Tidak pernah mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan seharian. Murid juga perlulah mengaplikasikan matematik dalam kehidupan seperti meggunakan operasi tambah dan tolak semasa mengira duit di dalam tabung, menyebut setiap harga barangan yang dibeli ketika berada di kedai dan sebagainya.

Dapatkan “Latih Tubi Operasi Asas Matematik (Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi)” di sini


Di sini kami sediakan bahan latihan yang boleh digunakan oleh para guru sebagai latihan uji minda murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai latihan tambahan kepada anak-anak semasa di rumah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIH TUBI FAKTA OPERASI ASAS MATEMATIK

Diharapkan agar perkongsian mengenai Latih Tubi Operasi Asas Matematik (Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang dapat membantu kecemerlangan murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar bahan ini dapat membantu murid menguasai operasi asas matematik dengan baik.

Pada perkongsian yang lepas, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang lain. Antaranya ialah:

Untuk mendapatkan informasi terkini dan lebih banyak bahan pendidikan bermanfaat, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.