Koleksi Lembaran Kerja Hari Kebangsaan (Mewarna & Kraf)

koleksi lembaran kerja hari kebangsaan

Koleksi Lembaran Kerja Hari Kebangsaan (Mewarna & Kraf) ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan mewarna kanak-kanak sempena Hari Kebangsaan yang bakal tiba.

Selain daripada mewarna, lembaran kerja yang dikongsikan di bawah juga mempunyai aktiviti kraf penanda buku, menghasilkan keychain dan permainan puzzle. Semua aktiviti yang disediakan di dalam lembaran ini adalah bertemakan Hari Kebangsaan Malaysia.

Selain daripada mengajar dan belajar, guru dan ibu bapa boleh menggunakan bahan ini sebagai aktiviti tambahan ketika di rumah. Ibu bapa juga digalakkan untuk terlibat semasa anak-anak mewarna. Aktiviti mewarna merupakan aktiviti yang bagus untuk kanak-kanak kerana ia mampu merangsang kreativiti dan menambahkan fokus serta menyelaraskan kedudukan mata.

Pada masa yang sama, mewarna dapat membantu meningkatkan kekuatan memegang bagi seseorang kanak-kanak.

Dapatkan “Koleksi Lembaran Kerja Hari Kebangsaan (Mewarna & Kraf) ” di sini


Di sini kami sediakan koleksi bahan mewarna bersempena Hari Kebangsaan untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar oleh para guru. Ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai aktiviti tambahan yang boleh dilakukan oleh anak-anak di rumah. Sumber bahan adalah daripada telegram Sharing & Collection BBM HH EduKids dan ProjekGrafik.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. SET 1-Lembaran Kerja Hari Kebangsaan
  2. SET 2-Lembaran Kerja Hari Kebangsaan
  3. hari merdeka

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Koleksi Lembaran Kerja Hari Kebangsaan (Mewarna & Kraf) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang menarik untuk murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar bahan ini dapat membantu kanak-kanak mendapatkan aktiviti tambahan yang menarik ketika berada di rumah.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan bantu mengajar yang menarik untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang bermanfaat untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa seperti isu pendidikan, bantuan kerajaan dan banyak lagi informasi yang bermanfaat untuk guru, ibu bapa dan orang ramai.