Ciri-ciri Poligon – Nota Matematik Sekolah Rendah

nota ciri-ciri poligon matematik sekolah rendah

Ciri-ciri Poligon – Nota Matematik Sekolah Rendah. Nota ini dikongsikan adalah bagi membantu murid memahami ciri-ciri poligon dengan mudah. Pada masa yang sama, nota ini juga boleh dijadikan sebagai bahan ulangkaji ketika musim peperiksaan tiba.

Poligon adala dinamakan mengikut kepada bilangan tepi, dan bergabung dengan terbitan yunani dengan akhiran -gon. Misalnya, Pentagon, Heksagon. Segi tiga, sisi empat dan nonagon adalah dikecualikan daripada penamaan ini.

Poligon terdapat dua jenis iaitu:

  1. Poligon Sekata
  2. Poligon Tidak Sekata

Poligon Sekata mempunyai paksi simetri yang sama dengan bilangan sisi seperti segitiga sisi sama, sudut dalaman yang sama serta sisinya adalah sama panjang. Manakala, Poligon Tidak Sekata mempunyai sisi yang tidak sama panjang. Selain itu, sudut dalaman juga berbeza dan bilangan paksi simetri bergantung kepada jenis bentuk.

Dapatkan “Ciri-ciri Poligon – Nota Matematik Sekolah Rendah” di sini


Di sini kami sediakan nota yang dapat digunakan sebagai bahan bantu mengajar oleh para guru dan boleh digunakan oleh ibu bapa dalam menyediakan bahan yang dapat membantu anak-anak mengulangkaji mata pelajaran Matematik dengan mudah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : CIRI POLIGON

Kesimpulannya, bagi menguasai mana-mana topik dalam sesuatu mata pelajaran, murid perlulah kerap melakukan ulangkaji dengan menjawab soalan-soalan latihan ataupun membaca nota ringkas dengan kerap. Kedua-dua cara ini merupakan cara yang terbaik bagi seseorang murid menguasai sesuatu topik mata pelajaran.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Ciri-ciri Poligon – Nota Matematik Sekolah Rendah ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang dapat membantu meningkatkan kefahaman murid dan anak-anak dalam topik Poligon ini. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar bahan ini dapat dijadikan sebagai nota yang dapat membantu murid pada saat akhir sebelum peperiksaan.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang dapat membantu murid menguasai mata pelajaran Matematik. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan guru-guru yang sedang mencari bahan-bahan pendidikan untuk murid dan anak-anak prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Laman web ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu semasa pendidikan, bantuan pendidikan dan bantuan kerajaan.