Buku Bacaan Bergred dalam membantu murid untuk membaca

buku bacaan bergred untuk bantu murid membaca

Buku Bacaan Bergred dalam Membantu Murid untuk Membaca. Bahan bacaan ini mewarnakan suku kata bagi memudahkan kanak-kanak untuk mengeja satu persatu.

Semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai ibu bapa terpaksa menjadi guru kedua bagi anak-anak di rumah. Akibat sesi pembelajaran dan pengajaran, terdapat ramai kanak-kanak tidak mendapat pendidikan yang mencukupi dan ibu bapa terpaksa membantu dalam mendidik anak-anak.

Bagi membantu ibu bapa mengajarkan anak-anak untuk membaca, ibu bapa boleh menggunakan bahan ini sebagai bahan bacaan pertama dan ajarkan anak-anak dengan mengeja satu per satu perkataan dan bunyikan cantuman perkataan tersebut.

Setiap kanak-kanak mempunyai tahap pencapaian yang berlainan. Jadi, ibu bapa perlulah bersabar dalam mendidik mereka dan tidak membanding-bandingkan setiap anak-anak yang diajar.

Bacakan bahan bacaan yang kanak-kanak suka pada setiap hari supaya mereka dapat belajar daripada pergerakan mulut dan intonasi ibu bapa ketika membaca bahan bacaan.

Dapatkan “Buku Bacaan Bergred dalam Membantu Murid untuk Membaca” di sini


Di sini kami kongsikan bahan bacaan yang boleh membantu murid prasekolah untuk mula membaca. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini untuk mendidik anak-anak mula membaca pada awal umur.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : BUKU BACAAN BERGRED

Kesimpulannya, murid prasekolah perlu didedahkan dengan pelbagai jenis bahan bacaan serta sokongan dan didikan daripada ibu bapa. Ibu bapa juga perlulah memainkan peranan dalam mengajarkan anak-anak untuk membaca ketika sesi pembelajaran dan pengajaran dilakukan di rumah.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Buku Bacaan Bergred dalam Membantu Murid untuk Membaca ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, kami juga berharap agar perkongsian ini dapat membantu kanak-kanak prasekolah untuk belajar membaca.

Pada perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang berguna untuk murid-murid. Antaranya ialah:

Bagi mendapatkan informasi terkini mengenai isu-isu semasa dan pelbagai lagi bahan pendidikan yang bermanfaat untuk para guru, ibu bapa serta murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.