Buku Aktiviti Bahasa Melayu untuk Murid Prasekolah

buku aktiviti bahasa melayu prasekolah

Buku Aktiviti Bahasa Melayu untuk Murid Prasekolah ini sesuai bagi mengajar murid prasekolah mengenai huruf dan susunan huruf agar menjadi sebuah perkataan yang difahami.

Bahan yang dikongsikan ini adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh para guru dalam memberikan pelajaran yang menarik kepada murid. Kami kongsikan beberapa permainan yang mengaplikasikan pembelajaran agar dapat menarik perhatian murid prasekolah. Permainan ini juga boleh dilakukan di rumah bersama-sama ibu dan ayah agar dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Antaranya ialah:

  1. Mencipta dengan permainan lego. Biarkan kanak-kanak untuk membina dan mencipta sesuatu menggunakan lego. Lego menjadikan kanak-kanak untuk berimaginasi dan perkara ini adalah bagus untuk kreativiti mereka. Permainan ini bukan sahaja merangsang kreativiti malah merangsang motor kanak-kanak semasa memasang butir lego tersebut.
  2. Bermain dengan tanah. Sesekali, biarkan anak-anak untuk menyentuh tanah walaupun kotor kerana tanah membantu mereka menjalankan eksperimen tersendiri dan menguatkan sistem imun mereka. Pada masa yang sama, ajarkan mereka untuk berbakti kepada tanah dengan mengajarkan mereka untuk menanam pokok. Apabila pokok itu membesar, mereka akan menghargai usaha yang dilakukan dalam menjaga pokok yang ditanam.
  3. Lakukan kraf tangan. Kraf tangan boleh dilakukan dengan hanya menggunakan barang kitar semula seperti botor air yang sudah tidak digunakan.

Dapatkan “Buku Aktiviti Bahasa Melayu untuk Murid Prasekolah” di sini


Di sini kami sediakan bahan yang dapat membantu murid mengenali abjad dan menyusun perkataan. Ibu bapa turut digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai latihan tambahan ketika cuti persekolahan.

Sila muat turun bahan ini melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

Penutup

Kesimpulannya, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik bagi mengaplikasikan pelajaran dalam permainan. Sesuai dengan lumrah kanak-kanak, aktiviti yang dikongsikan di atas pasti dapat membantu para guru dan ibu bapa menyediakan suasana pembelajaran yang kreatif.

Diharapkan agar perkongsian mengenai Buku Aktiviti Bahasa Melayu untuk Murid Prasekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid prasekolah yang menarik walaupun pada ketika ini sesi persekolahan terpaksa dijalankan secara atas talian.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang dapat membantu murid prasekolah. Antaranya ialah:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa dan pelbagai lagi bahan pendidikan yang dapat membantu murid prasekolah, sekolah rendah dan menengah.