Bahan PDPR Bahasa Melayu Tahun 6: Indahnya Budaya Kita

bahan pdpr bahasa melayu tahun 6

Bahan PDPR Bahasa Melayu Tahun 6: Indahnya Budaya Kita. Bahan ini mempunyai pelbagai bentuk soalan seperti silang kata, susun ayat songsang dan sebagainya. Ia bagus untuk menarik minat murid bagi menggalakkan mereka untuk melakukan latihan ini.

Bagi membantu murid tahun 6 menghadapi peperiksaan Bahasa Melayu, di sini kami menyediakan beberapa tips yang boleh dilakukan oleh murid-murid. Jika murid mempunyai kosa kata yang luas, ia dapat membantu murid dalam melakukan karangan dengan mudah.

Bagi mendapatkan kosa kata yang banyak, murid perlulah memperbanyakkan membaca bahan bacaan yang berfaedah seperti surat khabar, buku-buku cerita dan sebagainya. Pada masa yang sama, ia juga dapat menambahkan pengetahuan mereka tentang peribahasa yang menarik yang boleh ditambah ke dalam karangan.

Penggunaan peribahasa yang menarik dan menepati karangan dapat menambah markah di dalam peperiksaan. Selain daripada penggunaan peribahasa, murid juga boleh mempelbagaikan penggunaan simpulan bahasa dan perkataan sinonim yang jarang digunakan bagi membuat karangan yang dihasilkan lebih menarik untuk di baca.

Dapatkan “Bahan PDPR Bahasa Melayu Tahun 6: Indahnya Budaya Kita” di sini


Di sini kami kongsikan bahan yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar ketika sesi PDPR dijalankan. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai bahan ulangkaji untuk anak-anak semasa berada di rumah. Sumber bahan daripada telegram cikguayudotmy. 

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan dibawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Bahan PdPR Bahasa Melayu Tahun 6 (Indahnya Budaya Kita)

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Bahan PDPR Bahasa Melayu Tahun 6: Indahnya Budaya Kita ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid mendapatkan bahan pendidikan yang mencukupi walaupun berada di rumah.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan untuk murid sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga mempunyai informasi terkini mengenai isu-isu semasa, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi yang bermanfaat untuk orang awam.