Aktiviti Prasekolah: Lembaran Suku Kata KV+KV+KV

aktiviti prasekolah: lembaran suku kata kv+kv+kv

Aktiviti Prasekolah: Lembaran Suku Kata KV+KV+KV. Bahan ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar kepada kanak-kanak membaca.

Selain daripada membaca suku kata, bahan ini menyediakan pelbagai aktiviti seperti aktiviti menulis, mewarna dan sebagainya. Bagi mendidik anak-anak untuk membaca, ibu bapa perlulah menjadi kreatif dalam mencari cara mengajar mereka. Jika berada di sekolah, ia tidak menjadi satu kerisauan bagi ibu bapa dalam mengajar anak-anak.

Apabila anak-anak terpaksa menjalani sesi pembelajaran di rumah, ibu bapa perlulah mengambil peranan. Antara langkah yang boleh ibu bapa lakukan untuk mengajar anak-anak membaca ialah:

  1. Mula baca buku untuk anak-anak sejak kecil. Seawal umur mereka 6 bulan, ibu bapa boleh membacakan mereka buku cerita dan berikan masa untuk anak pandai bercakap, pandai dengar arahan sebelum mengajar mereka membaca.
  2. Irama dan lagu bagus untuk minda anak-anak. Kerapkan mendengarkan lagu-lagu yang bersesuaian kepada mereka. Pada masa yang sama, mereka juga boleh menari bagi menjadikan aktiviti ini lebih menarik.

Dapatkan “Aktiviti Prasekolah: Lembaran Suku Kata KV+KV+KV” di sini


Di sini kami sediakan bahan suku kata yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar kanak-kanak prasekolah. Ibu bapa juga boleh mencetak bahan ini sebagai latihan tambahan anak-anak ketika masa lapang. Sumber bahan adalah daripada Telegram Brainy Smart NUR.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Lembaran Suku Kata KV+KV+KV

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Aktiviti Prasekolah: Lembaran Suku Kata KV+KV+KV ini dapat memberikan manfaat kepada para ibu bapa dan guru dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak walaupun ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang menghadkan murid daripada hadir ke sekolah seperti biasa. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid membaca dengan lebih mudah.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang menarik untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga mempunyai informasi terkini mengenai isu-isu semasa seperti isu pendidikan, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi bermanfaat untuk para guru, ibu bapa dan orang ramai.